Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siti Nurhaliza Berdoa Buat Rakyat Malaysia Di Mekah

Siti Nurhaliza dan suami tercinta, Datuk K kini berada di Mekah untuk mengerjakan umrah. Kalau tak silap Abang Nara, memang setiap tahun pasangan suami isteri ini akan beribadah di sana pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah dimurahkan rezeki dan diberi peluang untuk menggandakan pahala di bumi Nabi. Seperti yang kita ketahui, bulan Ramadhan ini memang digalakkan banyak berdoa lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir.

siti nurhaliza doa

Advertisement

Dengan senario politik tanah air yang semakin pelik, mengarut dan memberikan impak kepada rakyat Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza telah mengambil kesempatan untuk berdoa di tanah suci Mekah agar rakyat Malaysia dilindungi daripada fitnah dan pembohongan. Tanpa menyebut mana-mana pihak, beliau telah memuatnaik doa yang dititipkan oleh Nabi Muhammad buat pemimpin yang menzalimi rakyatnya.

siti nurhaliza doa

Sebelum ini Siti Nurhaliza pernah melahirkan kekesalannya terhadap isu penggunaan duit Tabung Haji oleh 1MDB. Secara jujur, Abang Nara juga berharap agar pemimpin yang zalim, tak kira di negara mana agar diberikan petunjuk dan hidayah kerana jutaan rakyat akan terus menderita di bawah kezaliman mereka. Sama-samalah kita selaku rakyat Malaysia, teruskan banyak berdoa di akhir Ramadhan ini agar negara kita terus aman, makmur dan sejahtera serta mendapat pemimpin yang benar-benar sayangkan rakyat. Amin!!!
siti nurhaliza doa

P.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) all items ready stock. DISCOUNT 5% bagi setiap pembelian dan FREE POSTAGE bagi order RM150 dan ke atas. lebih banyak design yang berkualiti dengan harga yang berpatutan di Website IzieFashion, Facebook Iziefashion & Instagram IzieFashion ^_^

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top