Semalam, buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi video imbasan bayi dalam kandungannya yang kini sudah memasuki usia lima bulan menerusi akaun Instagramnya. Video tersebut membuatkan peminat merasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan kelahiran anaknya sekitar bulan Mac nanti.
Bagaimanapun, video tersebut sudah dipadam tetapi berdasarkan perbualan doktor bersama Siti, beberapa netizen mengagak beliau bakal menimang cahaya mata perempuan.
Buat masa ini, Siti belum mendedahkan jantina bayinya. Apa-apa pun, kami harap ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat. Pastinya seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik buat Siti.