Penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza menerusi satu hantaran TikTok yayasan di bawah anjurannya iaitu @nurjiwafoundation ada memaklumkan satu berita gembira.
Difahamkan, Siti bakal menaja tiga pasangan suami isteri bertuah untuk menjalani rawatan IVF bagi mendapatkan zuriat.
Rawatan IVF itu dilaporkan dilakukan di pusat perubatan AlHaya di mana pihak mereka telah memilih senarai pendek pemohon seramai 20 pasangan dan akan ditapis berdasarkan keputusan ujian yang tinggi keberangkalian mendapatkan zuriat sebanyak 3 pasangan.
@nurjiwafoundation Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut: Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri) Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja. Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA] #YayasanNurjiwa #IVFNurjiwa #SempurnakanSebuahCinta #AlhayaFertilityCentre
Menjengah ke ruangan komen, netizen terutamanya peminat penyanyi lagu malar segar Kau Kekasihku itu memuji usahasama yang dibuat kerana ia mungkin memberi sinar dalam kehidupan pasangan yang belum dikurniakan zuriat.
Netizen juga mendoakan agar Siti Nurhaliza dipermudahkan rezeki serta dapat membantu lebih lagi di masa akan datang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.