Pengurus kepada pelakon terkenal Fattah Amin, Aca atau nama sebenarnya Sakirin Shak, mencuri perhatian apabila sesi siaran langsungnya di TikTok baru-baru ini tular.
Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Aca dilihat membaca komen peminat sebelum terkejut apabila menerima gift daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Teruja dengan kehadiran TokTi di siaran langsungnya, Aca sempat berseloroh dengan mengundang Siti ke majlis pernikahan Fattah dan Amira Othman yang bakal berlangsung Ahad ini.
“Ni nikah betul tau, wow! Terima kasih Siti Nurhaliza. Eh, adakah ini TokTi? Ya Allah, TokTi lah… Terima kasih. TokTi sudi ke nak datang nikah ni, atau nak hadir yang resepsi nanti? Tak apa, nanti saya call Kak Rozi,” katanya.
Lebih mencuri perhatian, Aca seakan memberi bayangan bahawa Siti mungkin akan membuat persembahan di majlis tersebut. “Ini bukan tipu ya, saya dah tengok profile tu. TokTi nyanyi wedding nanti? Confirm lah. TokTi sangat supportive, beliau punya humble memang tak tahu nak cakap macam mana,” ujarnya.