Siti Nurhaliza Akui Tidak Hadir Perkahwinan Saerah

Hiburan

Siti Nurhaliza Akui Tidak Hadir Perkahwinan Saerah

siti nurhaliza avita

Rasanya semua orang sudah tahu yang Datuk Siti Nurhaliza tidak menghadiri majlis pernikahan Siti Saerah baru-baru ini. Dan Datuk Siti telah pun mengakui yang dia sememangnya tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana ada hal dan kerja yang perlu disiapkan di Singapura. Kata Datuk Siti:-

Advertisement

[note]Memang saya dan suami tak dapat hadir pada majlis pernikahannya itu kerana ada hal dan kerja yang perlu diselesaikan di Singapura. Tetapi pada awalnya lagi jadual untuk ke Singapura telah pun ditetapkan. Saerah serta keluarga juga sudah mengetahuinya. Jadi keluarga pun faham atas perkara itu.[/note]

So selepas ini harap-harap janganlah ada spekulasi yang kononnya Datuk Siti tidak mementingkan keluarganya lagi. Nak buat macam mana, memang Datuk Siti ada kerja yang perlu diselesaikan di luar negara. Bercakap mengenai perkahwinannya dahulu, sebenarnya Datuk Siti pun mengimpikan perkahwinan yang sempoi. Katanya:-

[note]Terus-terang kalau boleh, saya pun mahukan majlis yang sederhana seperti Saerah tetapi oleh kerana mahu menghormati peminat-peminat saya yang selama ini menyokong saya serta status yang saya miliki, saya terpaksa merelakan majlis perkahwinan saya dilakukan secara terbuka dan besar-besaran.[/note]

Oh ya, selepas Simply Siti, kini Datuk Siti telah mengeluarkan produk barunya yang diberi nama Siti Avita. Produk kecantikan Siti Avita ini lebih kurang macam produk anti penuaan lah. Kagum kami dengan otak business Datuk Siti. Kami doakan semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang Datuk Siti ceburi.

Sumber berita dari Murai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...