Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dirinya berasa segan setelah dianugerahi gelaran Biduanita baru-baru ini.
Kata pelantun lagu Cindai itu, gelaran yang diterimanya itu tidak mengubah apa-apa mengenai dirinya kerana masih mempunyai tanggungjawab sebagai isteri, pibu, usahawan dan juga penghibur.
Tak mengubah apa-apa mengenai Siti Nurhaliza pun. Segan sebenarnya dengan gelaran Biduanita, panggila saja Siti macam biasa. Saya tetap Siti Nurhaliza yang balik ke rumah kena buat susu anak, memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dala rumah tangga.
Beliau dalam pada itu mengharapkan agar orang ramai untuk tidak segan mendekati dan menyapanya ketika bertemu.
Biasanya saya lebih selesa orang panggil Siti Nurhaliza, tapi untuk mereka menghormati anugerah itu, saya hormatlah.
Nanti orang cakap tak bersyukur dan tak menghargai pula kan? Macam mana peminat nak memanggil saya, saya serahkan kepada mereka. Tak mengubah apa-apa mengenai Siti Nurhaliza pun.
Yang mereka kenal, sama saja. Tak perlu pun mereka nak rasa segan nak dekat atau apa. Macam mana mereka kenal saya, itulah saya.
Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dianugerahkan Anugerah Khas Biduan Negara 2024 yang membawa gelaran Biduanita Negara.
Penganugerahan tersebut telah melayakkan beliau untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, watikah penganugerahan, trofi Biduan Negara, sepersalinan songket dan sebagai seniman tamu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.