Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6, Saida dilaporkan telah menamatkan zaman solo selepas bernikah dengan jejaka pilihannya pada hari Ahad yang lalu.
Berita pernikahan itu turut dikongsikan adik kepada Saida iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, semalam.
View this post on Instagram
Dalam hantaran tersebut, Siti tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan agar perkahwinan kakaknya itu kekal bahagia hingga ke syurga.
Majlis resepsi perkahwinan tersebut turut dihiasi dengan persembahan daripada anak saudara mereka yang juga penyanyi cilik, Umairah.
Sekadar info, ini merupakan perkahwinan kali ketiga Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin yang pernah muncul dengan lagu single berjudul Sedalamnya Cinta.
Dia pernah bernikah kali pertama dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada tahun 1996 namun berpisah pada tahun 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Saida kemudian berkahwin kali kedua bersama seorang ahli perniagaan, Haffizh Che Mat pada tahun 2016 namun tidak dipastikan tarikh sebenar mereka berpisah.