Siti Nordiana Nafi Digemari Lelaki Muda Kerana Miliki Sifat “Mak-Mak”

Hiburan

Siti Nordiana Nafi Digemari Lelaki Muda Kerana Miliki Sifat “Mak-Mak”

Selepas acap kali dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki, penyanyi Siti Nordiana tampil menafikan dirinya mudah menjadi tarikan lelaki muda kerana sikap wanita kampung dan ‘mak mak’ yang dimilikinya.

Advertisement

Katanya, beliau memang suka menjalinkn hubungan baik dengan semua orang.

“Dari faktor usia, memang saya berusia daripada mereka. Status pula, saya pun seorang ibu, jadi wajarlah ada sifat ‘mak mak’ itu. Malah, saya juga memang berasal dari kampung, termasuk pernah mendapat gelaran ‘penyanyi kampung’. Tapi, taklah sampai saya mampu jadi tarikan lelaki muda. Pada saya, kami semua bersahabat. Tak salah pun jalinkan hubungan baik dan mesra dengan ramai orang.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, biarpun dirinya mudah mesra dengan selebriti lain, namun dirinya dikhabarkan langsung tidak telintas untuk menumpang populariti artis muda berkenaan.

Malah, dirinya yang popular dengan sikap profesional itu juga tidak berniat untuk mencari jodoh apabila bersikap baik dengan selebriti lelaki muda.

“Malah, sikap baik saya pada selebriti lelaki muda ini bukan berbaur peribadi atau nak mencari jodoh. Untuk saya, cukup sekadar saling menyokong sebagai rakan sesama selebriti. Lagipun jodoh itu rahsia Allah.”

Untuk rekod, Nana sebelum ini dikatakan rapat dan mesra dengan beberapa selebriti muda antaranya Khai Bahar, Fikry Ibrahim dan Syafiq Farhain.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...