Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siti Nordiana Nafi Dakwaan Mempunyai Masalah Disiplin Tiba Lambat Ke Lokasi Penggambaran

Menerusi sebuah ruangan di akhbar pada hari Ahad lepas, ada laporan mendakwa  Siti Nordiana mencetuskan masalah apabila datang lambat ke lokasi penggambaran dan meminta untuk pengacara menemu bual beliau terlebih dahulu agar beliau boleh pulang dengan cepat. Tentu sekali, permintaan Nana itu mencetuskan kemarahan kru peggambaran dan pegacara tersebut.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Nana menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan  perkara sebenar.

Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar. Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran  saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini.

Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi. Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam.

Nana akui beliau agak terkilan dengan dakwaan berkenaan kerana ia memberikan persepsi buruk terhadap disiplin dirinya. Namun, Nana yang enggan memanjangkan hal tersebut meminta maaf sekiranya ada pihak terasa hati dengannya.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top