Menerusi sebuah ruangan di akhbar pada hari Ahad lepas, ada laporan mendakwa Siti Nordiana mencetuskan masalah apabila datang lambat ke lokasi penggambaran dan meminta untuk pengacara menemu bual beliau terlebih dahulu agar beliau boleh pulang dengan cepat. Tentu sekali, permintaan Nana itu mencetuskan kemarahan kru peggambaran dan pegacara tersebut.
Walaubagaimanapun, Nana menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan perkara sebenar.
Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar. Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini.
Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi. Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam.
Nana akui beliau agak terkilan dengan dakwaan berkenaan kerana ia memberikan persepsi buruk terhadap disiplin dirinya. Namun, Nana yang enggan memanjangkan hal tersebut meminta maaf sekiranya ada pihak terasa hati dengannya.