Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siti Nordiana Nafi Beli Rumah Mewah Secara Tunai

Selepas dikatakan mula meminta bayaran yang lebih untuk membuat persembahan, timbu pula khabar angin baru yang mengatakan Siti Nordiana baru-baru ini telah membeli sebuah rumah mewah secara tunai. Wah! Hebat..

Advertisement

Walaubagaimanapun, Nana menerusi Harian Metro berkata berita itu tidak benar dan ia sengaja direka oleh pihak tertentu kerana namanya kini sudah kembali popular.

Cerita itu tidak benar sekali kerana saya belum berkemampuan membeli rumah, apatah lagi yang harganya sangat tinggi.

Apabila gosip ini tersebar, ada yang menganggap ia serius memandangkan saya sudah terkenal.

Malah, menurut Nana wang kemenangan Gegar Vaganza musim kedua juga tidak mencukupi untuk beliau membeli sebuah rumah.

Advertisement

Kalau fikir secara logik, wang itu mana mencukupi membeli rumah.

Anggap sahaja ia satu doa Nana, mana tahu rezeki undangan nyanyian dan berlakon anda mampu unutk membeli rumah mewah secara tunai di masa hadapan? Tak mustahil..

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top