Siti Nordiana Nafi Bayaran Persembahan Mahal – “Saya Tetapkan Bayaran Ikut Kesesuaian”

Hiburan

Siti Nordiana Nafi Bayaran Persembahan Mahal – “Saya Tetapkan Bayaran Ikut Kesesuaian”

Penyanyi popular Siti Nordiana menafikan dakwaan bahawa dirinya kini hanya menerima tawaran persembahan dengan bayaran mahal, lapor mStar.

Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 41, kadar bayaran yang dikenakan sebenarnya merangkumi kos pasukan kerja yang sentiasa membantunya setiap kali membuat persembahan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Jelasnya,

Tak adalah seperti yang dikatakan. Setiap kali saya menerima tawaran, ada kos untuk jurumekap, pakaian dan perjalanan. Semua itu sudah termasuk dalam bayaran.

Tambahnya lagi,

Tapi saya masih fleksibel, bukannya mahal sangat seperti yang orang cakap. Saya tetapkan bayaran ikut kesesuaian.

Tambah Nana lagi, untuk persembahan amal atau berkaitan kebajikan, soal bayaran bukanlah keutamaan.

Kalau untuk tujuan amal, saya tak kisah tentang harga. Asalkan dapat membantu masyarakat, itu sudah cukup.

siti nordiana
2024-01-03 14:56:55

"Pihak Kami Mohon Maaf & Merasa Amat Kesal.." - Tampil Minta Maaf Kepada Siti Nordiana, Akui Kesilapan Pihak Penganjur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...