Sejak bercerai dengan pelakon Faizal Yusop sekitar tahun 2009, fokus Siti Nordiana hanya tertumpu kepada anaknya Rayyan dan kerjaya beliau.
Namun, menerusi satu artikel di portal Astro Gempak, Siti Nordiana kini sudah bersedia untuk menempuh semula alam percintaan dan dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama pengurusnya sendiri.
Menurut laporan itu lagi, hubungan mereka ini sebenarnya sudah lama terjalin secara senyap-senyap.
Walaupun isu ini sudah menjadi viral dan cukup hangat diperkatakan sejak semalam, Nana sehingga kini masih belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan gosip percintaannya itu.
Kalau benar apa salahnya bukan? Nana juga perlukan seorang lelaki bernama suami sebagai peneman hidup begitu juga dengan anaknya Rayyan yang memerlukan seorang ayah.