Masih segar di ingatannya, penyanyi Siti Nordiana membuka cerita tentang kisah kawan baik, Allahyarham Achik Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan pada tahun 2010.
Penyanyi yang mesra dipanggil Nana itu berkongsi moment terakhirnya bersama arwah Achik beberapa jam sebelum dia ditimpa kemalangan tersebut.
Menurut Nana, apa yang membuatkannya sangat terasa adalah kerana dia merupakan orang terakhir yang berjumpa dengan Achik sebelum kejadian itu.
Pada hari kejadian, memang nampak lain. Asyik asyik nak datang pada saya macam nak berbual. Tapi saya tak layan dia sebab sibuk bersiap untuk acara.
Tambahnya, Achik yang dikenalinya sering membebel tentang keadaan kereta Nana yang bersepah namun pada hari kejadian, arwah hanya berdiam dan tidak marah.
Selepas saya hantar dia ke kereta dia, dia terus pergi. Kemudian saya dapat tahu dia meninggal dunia selepas dua jam kami jumpa.
Katanya, selepas selesai bekerja pada hari itu dia tertidur dan apabila bangun Nana terkejut melihat missed calls yang sangat banyak.
Selepas dimaklumkan oleh kawan, Nana terus hubungi kakak Achik sebelum bergegas ke hospital untuk memastikan sendiri kematian rakan baiknya itu.
Ketika memulakan karier pada usia remaja, Nana dan Achik sering digosipkan bercinta dek kerana banyak menyanyikan lagu duet bersama.
Malah, akui Nana ketika usianya 16 tahun Achik mempunyai hati terhadapnya namun kisah cinta mereka berdua tidak berpanjangan.
Dia memang ada hati dekat saya. Saya tahu, selama ini dia pergi show dia kagum dengan suara saya. Saya tahu dia peminat saya.
Saya pun balaslah cinta dia tapi sekejap sajalah. Tak ingat pula berapa tahun.
Ujar Nana lagi, mereka jarang berbual dan menjauhkan diri selepas masing-masing sudah berumah tangga.