Siti Jamumall Tiba-Tiba Mengamuk Dekat Ayunie? – “Kau Cakap Aku Mental Aku Problem, Sini Kau Perempuan!”

Kehidupan

Siti Jamumall Tiba-Tiba Mengamuk Dekat Ayunie? – “Kau Cakap Aku Mental Aku Problem, Sini Kau Perempuan!”

Baru-baru ini, nama personaliti media sosial, Siti Jamumall sekali lagi menjadi perhatian ramai susulan mengamuk di dalam live TikTok.

Siti Jamumall bergaduh dengan Ayunie sebab cemburu?

Luahan rasa marah tersebut dipercayai dituju untuk rakan baiknya yang juga merupakan personaliti media sosial iaitu Ayunie kerana mendakwa wanita terbabit sengaja menyuruh bekas suaminya, Aiman Tak Kesah melakukan live bersama individu yang tidak disukai olehnya iaitu Jenny.

Advertisement

Tidak mendiamkan diri, Ayunie juga membalas dalam live TikToknya dengan mengatakan Jamumall terlalu mengikut emosi dan hal yang dilakukan tidak salah memandangkan Aiman sudah pun menceraikannya dengan talak dua.

Tiba-tiba nak buat live meroyan sebut nama aku! Geram ni, Aku tak kisah kau nak gaduh macam mana dengan Aiman, gaduh lah. Kau pun dah bercerai talak dua depan 20 ribu orang, sedar-sedar lah!

‘Kau kata nak rujuk dengan aku tapi ni apa?!’

Kata Jamumall dalam klip pendek yang dimuat naik semula oleh pengguna di X, dia ‘menyeru’ Ayunie untuk bertemunya jika benar mahu bergaduh dengan dirinya.

Dalam pada masa yang sama, Jamumall turut meluahkan rasa kecewa terhadap Aiman yang dikatakan perangainya tidak berubah-ubah.

Kau cakap kau sayang aku, kau cakap kau nak getback dengan aku lepas end up kau buat aku macam ni Man! Aku memekak sebab kau live dengan perempuan siap pakai seluar pendek.

Sekadar info, sebelum ini persahabatan Siti Jamumall bersama Ayunie menjadi perhatian kerana kedua-duanya sering memaparkan keakraban serta sentiasa ada untuk sama satu lain ketika susah.

Tak Sampai Sebulan Rujuk, Siti Jamumall Diceraikan Dengan Talak Dua Ketika Sedang Sarat Mengandung
1 month ago

Tak Sampai Sebulan Rujuk, Siti Jamumall Diceraikan Dengan Talak Dua Ketika Sedang Sarat Mengandung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...