Siti Jamumall Respon Pengakuan Aiman Tak Kesah Masih Sayang & Mahu Rujuk – “Saya Taknak Pandang…”

Trending

Siti Jamumall Respon Pengakuan Aiman Tak Kesah Masih Sayang & Mahu Rujuk – “Saya Taknak Pandang…”

Pempengaruh Siti Jamumall hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk masa depannya dan Aiman Tak Kesah selepas prosiding pengesahan lafaz cerai selesai, semalam di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Kata wanita berusia 26 tahun itu, dia bersyukur kerana sepanjang fasa perpisahan ini, banyak hikmah dan pengajaran yang membuka ruang positif dalam hidupnya.

Advertisement
Siti JamumallSumber : Saddam Yusoff/Kosmo 

Dalam pada itu, Siti juga turut memberi respon apabila ditanya tentang kata-kata Aiman Tak Kesah yang akui masih sayang serta berharap dapat rujuk kembali.

Apa yang dikatakan Aiman untuk ada harapan, bagi saya doa saja yang baik-baik. Apa yang berlaku sejak tiga bulan lalu sehingga hari ini, banyak hikmah yang saya dapat.

Tambah Siti, dia memilih untuk tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya mahu terus melangkah ke depan dengan pemikiran yang lebih positif.

Siti Jamumall dan Aiman

Siti berkata dia kini hanya fokus sepenuhnya dengan anak dalam kandungan dan memastikan agar bayi itu dilahirkan dengan selamat serta dibesarkan dengan baik.

Saya tak nak pandang mana-mana yang buruk berlaku sebelum ini sebab itu perkara lepas. Tiada hak atau salah pun kalau ada jodoh insya-Allah sebab nak jawab sekarang pun tak boleh.

Pada masa sama, Siti berkata dia bersedia untuk memaafkan Aiman dan juga akan memperbaiki kesilapan dan kekurangan dirinya sendiri.

Saya tidak kejam dan mudah memaafkan, apa yang berlaku itu biarkan, akan datang kalau ada peluang kita akan bincangkan cuma agak panjang sikit. Perbaiki mana boleh.

Aiman harap cerai talak dua dengan Siti Jamumall
2025-08-08 10:26:29

"Saya Harap Jatuh Talak Dua.." - Aiman Tak Kesah Masih Sayang & Mahu Rujuk Dengan Siti Jamumall

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...