Siti Jamumall Cuba Tahan Sedih Demi Anak, Tak Sangka Emosinya Buat Anak Terluka – “Cikgu Tanya Kenapa Dia Banyak Termenung”

Trending

Siti Jamumall Cuba Tahan Sedih Demi Anak, Tak Sangka Emosinya Buat Anak Terluka – “Cikgu Tanya Kenapa Dia Banyak Termenung”

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Siti Jamumall mengakui ada masanya dia melalui fasa penuh emosi walaupun cuba bertahan demi anak-anak.

Memetik laporan Gempak, Siti mendedahkan dia terpaksa memendam kesedihannya demi menjaga hati anak-anak terutama anak sulungnya yang baru berusia enam tahun.

Advertisement

siti jamumall

 

Kadang-kadang adalah menangis depan anak-anak. Bila mereka tanya tu saya cakap dengan mereka ‘mummy okay cuma mummy sedih je kaki mummy sakit’.

Walaupun cuba untuk kelihatan kuat di hadapan anak-anak, Siti mengakui dia tidak menyangka anak sulungnya juga turut terkesan dengan emosinya.

Situasi itu membuatkan pempengaruh itu tersedar dia sebagai seorang ibu perlu lebih kuat, bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk kebahagiaan anak-anaknya.

Saya terpaksa tipu mereka, tapi saya nampaklah masa saya sedih anak sulung saya tu, dia pun murung.

 

Dia baru enam tahun, kadang dia pergi sekolah cikgu tanya kenapa dia banyak termenung. Jadi saya rasa saya tak boleh tunjuk kesedihan saya.

siti jamumall

Dalam pada itu, pempengaruh itu turut memberitahu anaknya mula kelihatan ceria selepas emosinya semakin stabil.

Bila saya dah mula okay, dah kembali gembira, saya tengok anak saya pun sama. Dia dah mula banyak borak, banyak main. Kalau tak, dia diam saja dan sekarang alhamdulillah saya dah okay.

Terdahulu, perkahwinan antara Siti dan Aiman mendapat perhatian ramai selepas Aiman bertindak melafazkan cerai terhadap Siti menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Difahamkan, ini merupakan kali kedua pasangan itu bercerai selepas pernah rujuk semula sebelum ini.

Aiman Buka Mulut Tentang Isu Ceraikan Siti Jamumall Dalam 'Live' - Saya Tegaskan, Ini Bukan Gimik.."
1 month ago

Aiman Buka Mulut Tentang Isu Ceraikan Siti Jamumall Dalam 'Live' - Saya Tegaskan, Ini Bukan Gimik.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...