Siti Fazurina Nikah Kali Kedua 20 Mac Lalu

Hiburan

Siti Fazurina Nikah Kali Kedua 20 Mac Lalu

Perkahwinan pertama Siti Fazurina dan Muhammad Hykal telah didapati tidak sah kerana tidak mengikut syarat oleh pihak mahkamah menyebabkan pernikahan terpaksa dilakukan sekali lagi pada 20 Mac yang lalu. Pernikahan kali kedua ini telah diwalikan oleh adik Fazurina sendiri.

siti fazurina nikah kali kedua

Advertisement

Ibu kepada Fazurina, Zubaidah Abu Bakar telah memaklumkan kepada Mstar Online yang majlis pernikahan kedua telah dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung. Kata ibu Fazurina:-

Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.

fazurinaWalaupun ibu Fazurina sebenarnya masih tidak merestui pernikahan kali kedua Fazurina dengan Muhammad Hykal, namun dia terpaksa merelakannya kerana tidak mahu melihat anaknya hidup bergelumang dosa. Kata ibu Fazurina:-

Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu. Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran. Ramai mengatakan saya kejam kerana cuba menghalang perkahwinan mereka apabila mendakwa pernikahan mereka tidak sah tetapi keputusan mahkamah telah membuktikan saya tidak menipu

fazurinaUntuk makluman, pernikahan pertama Fazurina ialah pada 20 Disember yang lalu di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang yang diwalikan oleh bapa saudaranya tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarga yang lain. Info asal Mstar Online.

P.P.S: Ada Cara Berhenti Merokok Paling Mudah?? KLIK GAMBAR INI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...