Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siti Elizad Nafi Dakwaan Sengaja Tidak Mahu Menimang Cahaya Mata

Sudah dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Siti Elizad belum lagi menimang  cahaya mata. Dek kerana hal itu, ramai yang mencetuskan spekulasi termasuk membuat fitnah bahawa Elizad sengaja tidak mahu anak.

Advertisement

Elizad terkejut mendengar dakwaan berkenaan dan memberitahu ia sama sekali tidak benar. Menurut Elizad, setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan anak cuma beliau belum ada rezeki untuk bergelar ibu.

Siapa kata saya tak nak anak? Saya pelik apabila timbul dakwaan itu terutama dalam kalangan pengguna laman sosial. Semua orang yang berkahwin pasti inginkan anak, begitu juga saya dan suami. Cuma dalam kes saya, belum ada rezeki lagi.

Tambah Elizad, beliau dan suami sentiasa berusaha dan tidak putus berdoa dengan Allah SWT untuk dikurniakan anak.

Dalam soal ini saya dan suami sentiasa berusaha tapi ini adalah kuasa Allah. Lambat atau cepat saya reda. Apa yang penting jangan putus berdoa.

Advertisement

Masyarakat kita memang suka untuk mengkritik dan mempersoalkan seseorang itu jika mereka masih belum mempunyai cahaya mata selepas beberapa tahun kahwin. Soal ini bergantung kepada ketentuan Allah SWT juga. Sepatutnya, kita juga berdoa agar Siti Elizad dapat menimang cahaya mata satu hari nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama