Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siti Elizad Mohon Maaf Berlakon Mesra Dengan Amar Baharin

Lakonan mesra antara Siti Elizad dan Amar Baharin didalam drama Si Kolot Suamiku telah mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton kerana status Elizad sebagai isteri orang.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Elizad nampaknya tidak mudah melatah dan menerima segala teguran dan kritikan dengan baik.

Elizad tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak gemar melihat aksi mesranya bersama Amar.

Jujurnya, saya mengambil perkara ini secara positif. Baik atau buruk komen yang diberi, semua itu hak mereka dan ia tidak mengganggu saya sebagai pelakon.

Saya menghormati komen terbabit kerana mereka juga sebahagian daripada penonton yang menaikkan ‘rating’ tontonan drama ini. Bagaimanapun, saya memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan lakonan mesra itu.

Advertisement

Menurut Elizad, suaminya sebenarnya sudah memberikan restu  bagi setiap kerja yang beliau lakukan.

Rasanya artis lain boleh contohi sikap Siti Elizad yang tidak mudah tersinggung apabila peminat dan penonton memberikan teguran atas sesuatu perkara yang kurang menyenangkan. Sikap positif seperti ini boleh membuatkan Elizad melangkah lebih jauh didalam industri hiburan tempatan.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top