Walaubagaimanapun, Elizad nampaknya tidak mudah melatah dan menerima segala teguran dan kritikan dengan baik.
Elizad tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak gemar melihat aksi mesranya bersama Amar.
Jujurnya, saya mengambil perkara ini secara positif. Baik atau buruk komen yang diberi, semua itu hak mereka dan ia tidak mengganggu saya sebagai pelakon.
Saya menghormati komen terbabit kerana mereka juga sebahagian daripada penonton yang menaikkan ‘rating’ tontonan drama ini. Bagaimanapun, saya memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan lakonan mesra itu.
Menurut Elizad, suaminya sebenarnya sudah memberikan restu bagi setiap kerja yang beliau lakukan.
Rasanya artis lain boleh contohi sikap Siti Elizad yang tidak mudah tersinggung apabila peminat dan penonton memberikan teguran atas sesuatu perkara yang kurang menyenangkan. Sikap positif seperti ini boleh membuatkan Elizad melangkah lebih jauh didalam industri hiburan tempatan.