Tahniah diucapkan kepada Siti Elizad yang berjaya menjadi juara Gempak Superstar dalam pentas akhir program tersebut yang bersiaran secara langsung di Pinewood Studios, Johor Bahru.
Elizad berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000.
Pada persembahan pertama, Elizad membawakan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi dan beliau turut menyanyikan lagu Ketulusan Hati pada persembahan kedua.
Tidak dinafikan, ramai penonton yang mengalirkan air mata pada persembahan kedua Elizad kerana ia ditujukan khas buat ibu beliau yang sudah meninggal dunia.
Naibn juara pula dimenangi oleh Sherry Ibrahim sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi.
Tempat ketiga dimiliki oleh Arja Lee manakala tempat keempat dirangkul oleh Soffi Jikan. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Manakala Nazim Othman diumumkan sebagai pemenang tempat kelima dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000 berserta trofi.
Sejak awal lagi, Siti Elizad berada di tempat pertama didalam carta undian. Ditambah pula dengan persembahan yang agak mantap dan tidak begitu mengecewakan, ia sudah menjadi rezeki beliau untuk menjadi juara. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.