Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siti Elizad Akui Teruja Sambut Ramadhan Bersama Suami

Setiap wanita akan merasa gembira saat menyambut Ramadhan bersama suami tercinta terutama sekali jika ia Ramadhan pertama selepas sah bergelar suami dan isteri.

Begitu juga dengan pelakon Siti Elizad yang popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan. Elizad memberitahu beliau sangat teruja kerana dapat berpuasa dengan suaminya, Shamsul Baharin Rahman dan kehidupannya kini telah berubah sejak memegang status sebagai seorang isteri.

Advertisement

Saya seronok berpuasa dengan kehadiran suami. Jika sebelum ini saya hanya mengikutkan kehendak sendiri, kini saya harus fikirkan apa suami hendak makan untuk berbuka dan sahur. Suami saya selalunya gemarkan makanan berat seperti nasi dan lauk ayam. Jadi saya akan makan apa yang suami mahu makan.

Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran sepanjang bulan Ramadhan ini, Elizad sempat untuk mencuri sedikit masa dan menunaikan solat terawih bersama suaminya pada waktu malam.

Memang saya agak sibuk sepanjang Ramadan ini dengan tawaran lakonan tetapi saya tetap memastikan yang saya dapat sama-sama menunaikan solat terawih dengan suami. Kami juga bercadang untuk berqiamullail di tujuh malam terakhir Ramadan.

Memang cukup bahagia jika dapat meluangkan masa bersama keluarga dan suami tercinta ketika bulan Ramadhan tiba. Inilah masa untuk sama-sama menunaikan ibadah. Semoga Siti Elizad dan suami dilimpahi keberkatan dan rahmat pada mulia ini.

Advertisement

Sumber Berita: Murai

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama