Pelakon Siti Elizad sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan beliau tidak terlepas dengan soalan mengenai cahaya mata. Elizad akui beliau sebenarnya terasa hati dengan soalan tersebut apatah lagi ada pula pihak yang mendakwa beliau sengaja tidak mahu hamil kerana memetingkan kerjaya seninya.
Siapa yang tidak mahu anak? Seperti wanita lain yang bergelar isteri, keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tidak pernah terpadam. Mungkin rezeki saya dalam dunia seni lebih murah dan kerana itu, Tuhan belum memberi rezeki saya menimang cahaya mata.
Saya yakin dengan aturan Allah. Cuma, kadang-kadang tipulah jika saya tidak sedih dan terguris dengan orang sekeliling yang kerap bertanya soalan yang sama. Dalam hal ini, saya bersyukur kerana suami dan keluarga amat memahami.
Elizad memberitahu beliau sebenarnya mempunyai ketumbuhan dan harus menjalani pembedahan. Menurut doktor, beliau harus menangguhkan hasratnya untuk mengandung selama setahun.
Walaubagaimanapun, beliau ingin cuba untuk mendapat cahaya mata dan merencana untuk bertemu dengan pakar kesuburan mendapatkan pandangan.
Harapnya Elizad terus tabah menghadapi dugaan ini, pasti perancangan Allah SWT buat Elizad adalah yang terbaik. Jangan putus asa mencuba dan pedulikan kata-kata negatif.