Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down iaitu Bella dilihat sebak ketika hadir di Mahkamah Sesyen apabila dua lagi peguam yang mewakili kesnya menarik diri.
Difahamkan, dengan penarikan dua peguam tersebut menandakan Siti Bainun kini ‘keseorangan’ apabila tidak lagi mempunyai peguam bela dalam kes bicara bela dirinya.
Menurut laporan Kosmo, ketika prosiding Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan kepada pengasa Rumah Bonda itu bahawa pihak mahkamah ada menerima notis penarikan diri kedua-dua peguam itu malam tadi.
Saya bagi tarikh, kamu kena lantik peguam baharu secepat mungkin.
Bukan itu sahaja, Hakim Izralizam turut menasihati Siti Bainun untuk melantik seorang sahaja peguam yang lebih bertanggungjawab untuk mengendalikan kesnya dengan baik.
Kalau banyak firma pun berlaku macam ini, tidak beri manfaat kepada kamu juga. Bila seorang tarik diri, ‘team’ juga tarik diri.
Susulan itu, mahkamah kemudian menetapkan 26 Januari ini bagi sambung bicara dan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung bermula esok sehingga Jumaat ini dilapangkan bagi memberi peluang kepada Siti Bainun untuk mencari peguam baru dan mendapatkan dokumen dari kesemua peguam sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.