Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun, Rayuan Akhir Ditolak Mahkamah Rayuan

Berita

Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun, Rayuan Akhir Ditolak Mahkamah Rayuan

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali, kekal dihukum penjara 12 tahun selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini menolak rayuan akhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berhubung dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella, empat tahun lalu, Kosmo Online.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz. Siti Bainun, 33, yang memakai jubah putih, kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan.

Advertisement

Siti bainun kekal penjara 12 tahun

Hakim Azman dalam penghakimannya berkata, tiada sebarang kekhilafan fakta atau undang-undang yang dilakukan oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mengekalkan dapatan Mahkamah Sesyen.

Pihak pendakwaan telah membuktikan kes atas kedua-dua pertuduhan melampaui keraguan munasabah dan perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Dengan ini sabitan bagi kedua-dua pertuduhan adalah selamat untuk dikekalkan, rayuan ditolak.

Siti Bainun memfailkan rayuan akhir pada 2 Mei 2024 selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei 2023.

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.

Bagi pertuduhan pertama, beliau dihukum penjara 10 tahun, manakala pertuduhan kedua penjara 12 tahun. Kedua-duanya berjalan serentak bermula tarikh sabitan. Siti Bainun juga diarahkan melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami pengasas dnars
2025-08-14 14:53:32

“Jangan Ambil Harta Bukan Hak” – Suami Arwah Pengasas Dnars Diperintah Pulangkan RM1.3 Juta Diambil Dari Peti Besi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...