Siti Aishah Abdul Wahab Pulang Ke Malaysia Sembilan Bulan Lagi

Trending

Siti Aishah Abdul Wahab Pulang Ke Malaysia Sembilan Bulan Lagi

siti-aisyah-abdul-wahab

Siti Aishah merupakan pelajar yang mendapat biasiswa komanwel pada tahun 1968 dalam jurusan ukur bahan di london. Beliau berpindah ke England bersama tunangnya dan mula aktif dalam kumpulan mahasiswa malaysia yang dikenali sebagai New Malaysia Youth. Beliau juga menyertai Forum Pelajar Malaysia & Singapura (MASS) yang diketuai oleh Komrad Bala dan beliau merupakan seorang aktivis yang lantang pada ketika itu. Pada tahun 1968, beliau mula memutuskan hubungan dengan dunia luar dan memencilkan diri bersama MASS.

Advertisement

Pemimpin kumpulan Maoist, Aravindan Balakrishnan atau lebih dikenali sebagai ‘Komrad Bala’ yang didakwa telah menjadikan ketiga-tiga wanita sebagai hamba selama 30 tahun telah dikatakan mengaku dirinya sebagai ‘Nabi Isa’. Sebagai ‘Nabi Isa’, beliau telah menggesa pengikutnya dalam kumpulan itu supaya menyerahkan segala ribuan wang Pound Sterling dengan alasan untuk digunakan sebagai tujuan ‘perjuangan’ kumpulan tersebut.

The Telegraph dan Daily Mail melaporkan salah seorang dari wanita yang dijadikan mangsa perhambaan itu, Josephine Herivel, 57, dari Ireland merupakan anak kepada seorang pakar Matematik negara tersebut, John Herivel yang turut bertanggungjawab menjadi instrumen kepada Tentera Berikat dalam memecahkan beberapa kod rahsia tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua.

Pada 26 November lalu Kamarmahtum terbang ke United Kingdom untuk berjumpa adiknya dan dijangka tiba di Malaysia pada Ahad bersama anak saudaranya Zan Azlee Zainal Abidin. Harapan Kamarmahtum Abdul Wahab, untuk bertemu dengan adiknya, Siti Aishah yang menjadi mangsa kepada aktiviti perhambaan selama 30 tahun di London akhirnya tercapai apabila beliau dibawa ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan oleh pihak polis Britain, Scotland Yard dan untuk kali pertamanya dalam beberapa dekad, mereka berjaya ditemukan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong kepada kepada Editor Majalah Astro Awani, Zan Azlee Zainal Abidin yang turut sama dalam misi menjejak Siti Aishah Abdul Wahab di kota London

Kamarmahtum menerusi perbualan telefon dengan Astro AWANI memaklumkan dalam pertemuan itu Aishah juga berjanji akan pulang ke tanah air selepas segalanya selesai.

“Dalam pertemuan itu dia (Aishah) kata selepas sembilan bulan selepas siasatan selesai dia akan balik,

“Tapi itu pun kalau dia tidak pulang, hanya Allah saja yang mengetahui, itu antara dia dengan Allah,” kata ketika dihubungi.

Menurut Kamarmahtum sepanjang pertemuan itu juga, dia tidak berkesempatan untuk bertanyakan mengenai penghambaan adiknya itu.

“Kami hanya berjumpa dalam tempoh lebih kurang 40 minit jadi hanya itu masa yang saya ada untuk marah dia, peluk dia, cium dia dan itulah masanya saya hendak memberinya nasihat,” ujarnya lagi.

Kamarmahtum juga berharap Aishah tidak melupakan identitinya dan pulang ke tanah air satu hari nanti.

“Pertamanya, dia mesti menjadi seorang Muslim yang baik, kedua dia mesti baca Al-Quran, ketiga dia mesti balik ke Malaysia. Ini harapan saya dan saya harap harapan saya ini akan dimakbulkan Allah dan ia tidak sia-sia,” katanya sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Perjumpaan selama setengah jam itu dilakukan di sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh pihak Scotland Yard, dan ia merupakan perjumpaan pertama bersendirian di antara kedua-duanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...