March 25th, 2018

Selepas genap tujuh hari dilahirkan, akhirnya Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan nama puteri kesayangan beliau bersama suami Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa. Siti Aafiyah, itulah nama yang dipilih oleh pasangan ini buat cahaya mata perempuan mereka.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis tahnik dan aqiqah yang diadakan di kediaman Siti Nurhaliza sebentar tadi. Difahamkan, Aafiyah bermaksud menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup.

Advertisement

Siti Nurhaliza dan keluarga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan mereka selama ini terutama sekali sepanjang proses kehamilan dan bersalin Siti Aafiyah.

Kami di BeautifulNara sekali lagi ingin mengucapkan tahniah buat Siti Nurhaliza dan Datuk K atas kurniaan terindah ini selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Semoga Siti Aafiyah menjadi seorang anak yang solehah.

Advertisement

38 responses to “Siti Aafiyah Nama Anak Perempuan Siti Nurhaliza”

  1. Anonymous says:

    Simple jer nama.nasib la tak jadi pepanjang seperti “Nur Qistilyna Amelia Balqista” haha

  2. Anonymous says:

    nama x penting…yg penting didikan dan asuhan. tengok la kak afifah…

  3. Syaz says:

    Such a good name. So nice. Takde nama bunyi macam character drama tv3. Hehe

  4. Gorges says:

    Aafiah. Sihat dan selamat. Klu nama Aafiah nickname apa ya …. Pe”ah, Piah?

  5. Gorges says:

    Comel!! Kalau kt kampung klu nama Aafiah. Nickname panggil Piah atau Pe”ah jer.

Loading...