Sisters In Islam Gagal Mencabar Fatwa, Kekal Sebagai Pertubuhan Sesat Terpesong Dari Ajaran Islam

Trending

Sisters In Islam Gagal Mencabar Fatwa, Kekal Sebagai Pertubuhan Sesat Terpesong Dari Ajaran Islam

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur YA Hakim telah memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan diwartakan yang antara lain memutuskan SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan pertubuhan tersebut sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Advertisement

Keputusan itu telah diputuskan oleh Hakim Datuk Nordin Hassan selepas mendapati mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang termaktub dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Kes yang bermula pada tahun 2014 apabila Forum SIS (Malaysia) pada 31 Oktober 2014 memfailkan permohonan bagi memohon perintah  untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS.

carta kes sisters in islam
Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS mengatakan organisasi itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang kononnya “berpegang dengan fahaman liberalisme dan pluralisme agama” sebagai “sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam”.

Berita mengenai pertubuhan SIS (Malaysia) kekal sebagai pertubuhan sesat diumumkan oleh peguam Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar menerusi laman Facebook nya.

“Sesungguhnya penghakiman ini adalah suatu hadiah di ambang kemerdekaan negara dimana jatidiri negara dipertahan dan struktur asas negara yang meletakkan kedudukan istimewa agama Islam dinobatkan.”

Permohonan SIS Forum Berhad dan 2 yang lain mencabar fatwa tersebut ditolak dengan kos sebanyak RM 10000.00.

Sumber: Utusan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...