Sistem Sekuriti iPhone Menjadi Semakin Sukar Ditembusi Pihak Berkuasa Dengan iOS 18

Teknologi

Sistem Sekuriti iPhone Menjadi Semakin Sukar Ditembusi Pihak Berkuasa Dengan iOS 18

Sistem sekuriti iPhone pernah mendapat perhatian dunia selepas serangan pengganas di San Bernadino pada tahun 2016.

Tetapi menurut laporan 404 Media, proses untuk menembusi sistem sekuriti iPhone kini kembali menjadi sukar sekiranya menggunakan iOS 18.

Advertisement

ios 18

Sebuah nota yang disebarkan di kalangan pihak berkuasa Amerika Syarikat, ia memberi amaran supaya peranti dengan iOS 18 yang ingin disiasat perlu dipisahkan daripada peranti lain dengan sistem operasi yang sama.

Pihak berkuasa berpendapat apabila mengesan peranti iOS 18 berdekatan yang tidak bersambung kepada rangkaian selular, ia akan memberikan arahan untuk ia melakukan proses dihidupkan semula (reboot).

Apabila reboot tersebut terjadi,  iPhone akan memasuki mod Before First Unlock (BFU) yang memerlukan pemilik memasukkan kata laluan atau menggunakan Face ID sebelum ia memasuki mod After First Unlock (AFU).

Arahan untuk melakukan reboot ini akan diberikan sekali setiap 24 jam oleh peranti iOS 18 berdekatan. Ia tidak mendatangkan kesan pada iPhone yang menggunakan sistem operasi terdahulu.

Apple belum lagi mengumumkan secara rasmi kewujudan sistem keselamatan ini dan masih belum mengeluarkan komen mengenainya pada ketika ini.

Kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

beg tangan Vivy selalu shof off di IG kena siasat
2 months ago

FashionValet: SPRM Kesan Transaksi Mencurigakan Sejak 2018, Semua Barang Mewah Pernah ‘Show Off’ Di Instagram Kini Disiasat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : 404 Media

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...