Sistem Pengesahan Kad Kredit & Debit Di “Upgrade”, Guna Sistem Bernombor Mulai 2017

Trending

Sistem Pengesahan Kad Kredit & Debit Di “Upgrade”, Guna Sistem Bernombor Mulai 2017

Transaksi pengesahan pembayaran kad kredit dan debit menggunakan tanda tangan akan dihapuskan secara berperingkat untuk digantikan dengan sistem berasaskan nombor pengenalan peribadi (PIN) pada 1 Julai, 2017.

Advertisement

Pengarah Dasar Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Nyat Chuan berkata pemegang kad akan diberi tempoh selama enam bulan mulai Januari sehingga Jun 2017 untuk membiasakan diri dengan sistem baharu itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

Katanya, sistem ‘pin dan bayar’ itu membolehkan pemegang kad membuat pembayaran dengan memasukkan PIN 6 digit tanpa menurunkan sebarang tanda tangan seperti sekarang.

Langkah yang dipertingkat itu juga akan menjadikan sistem pembayaran jauh lebih selamat.

“Sasaran (kami) adalah supaya semua pelaksanaan aspek infrastruktur dan penggantian kad itu dapat disiapkan menjelang 31 Disember, 2016,” katanya.

Tan berkata selain sistem ‘pin dan bayar,’ pemegang kad juga dapat membuat bayaran menggunakan sistem ‘tap-and-go’ bermula 1 Januari, 2018.

Malah, katanya seramai 44.3 juta pemegang kad dapat menikmati kemudahan itu sebaik sistem baharu beroperasi kelak.

“Pemegang kad boleh menggunakan kaedah ‘tap-and-go’ untuk transaksi membabitkan nilai yang rendah,” katanya.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...