Sistem Pemarkahan Yang Kabur Antara Punca Tak Ramai Murid UPSR Dapat Semua A?

Trending

Sistem Pemarkahan Yang Kabur Antara Punca Tak Ramai Murid UPSR Dapat Semua A?

Sebuah kumpulan pendesak dalam isu pendidikan berkata guru tidak dimakumkan mengenai kaedah pemarkahan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Advertisement

Pengerusi Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim berkata, ini antara sebab berlaku penurunan yang ketara dari segi keputusan peperiksaan tahun ini berbanding tahun lalu.

“Bila mereka minta Lembaga Peperiksaaan Malaysia apakah gred yang baru, mereka tak bagi tahu,” katanya.

Katanya, terdapat perbezaan besar keputusan UPSR dengan keputusan kertas percubaan.

Keputusan UPSR tahun ini menyaksikan hanya 4,896 murid mendapat keputusan cemerlang Gred A bagi semua mata pelajaran, berbanding 38,344 pada tahun sebelumnya.

Calon pada tahun ini merupakan yang pertama menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR, sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Azimah mencadangkan agar Kementerian Pendidikan memaklumkan kepada sekolah paras markah untuk mendapatkan gred A kepada murid, di samping lebih telus dalam pemarkahan.

“Jangan bagi guru teragak-agak. Mesti telus, ini adalah A, ini adalah B. Jadikannya rasmi,” katanya, lapor FMT.

Beliau berharap perkara sama tidak terjadi kepada pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, melibatkan kumpulan pertama di bawah sistem PT3.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...