Rakyat mula berpusu-pusu dan berbelanja menggunakan bantuan one-off daripada Kerajaan MADANI, MyKasih sebanyak Rm100 di pasar raya terpilih pada 31 Ogos.
Bagaimanapun, disebabkan terlalu ramai pada hari itu satu permasalahan timbul iaitu sistem MyKasih tergendala membuatkan pasar raya sesak dengan orang ramai yang menanti untuk membuat pembayaran.
Tular rakaman video di Threads memaparkan keadaan di sebuah pasar raya di mana banyak troli yang dipenuhi barangan ditinggalkan di lorong-lorong.
Situasi tersebut berlaku selepas orang ramai berputus asa dan terus pulang disebabkan sistem MyKasih bermasalah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan pembelian.
Sistem tergendala, orang tak boleh bayar guna MyKasih dan akhirnya tinggalkan sahaja troli mereka yang penuh barang.
View on Threads
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai yang memberi pelbagai respon dan pendapat masing-masing tentang situasi berkenaan.
Sesetengah individu berpendapat tindakan meninggalkan troli penuh barangan sebegitu tidak patut dan segelintir individu mempersoalkan apa yang akan dilakukan sekiranya anda melalui situasi sebegitu.
Kamu habis masa berjam-jam untuk pilih barang, sejak lagi untuk beratur sebelum dapat tahu sistem down. Adakah kamu mahu luangkan masa untuk letak semula barangan itu di rak, padahal sistem down itu bukan salah kamu?
Tak perlu kalut, tamat Disember nanti
Ada juga yang mengkritik tindakan orang ramai yang tidak sabar dan berebut-rebut mahu menggunakan bantuan MyKasih pada hari itu sahaja sedangkan tarikh luputnya adalah pada Disember akan datang.