Sistem KLIA Masih Tergendala, Segala Urusan Penerbangan Terpaksa Dilakukan Secara Manual

Trending

Sistem KLIA Masih Tergendala, Segala Urusan Penerbangan Terpaksa Dilakukan Secara Manual

Semalam dimaklumkan sistem di KLIA tergendala dan para penumpang dinasihatkan tiba empat jam lebih awal dari waktu penerbangan. Tetapi nampaknya masalah tersebut berlarutan sehingga kini dan masih belum dapat diselesaikan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airports, difahamkan sehingga jam 6.00 pagi tadi mereka masih lagi dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut. Disebabkan masalah tersebut, beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan.

Advertisement

Beberapa penumpang turut berkongsikan suasana di sana dimana maklumat penerbangan terpaksa ditulis secara manual pada papan putih. Walaupun berhadapan dengan masalah tersebut, penumpang turut memuji kecekapan staff dalam membantu penumpang untuk menaiki penerbangan.

staff klia menulis penerbangan secara manual

Kredit: Twitter @amirmoslim

orang ramai di lapangan terbang klia

Kredit: Twitter @amirmoslim

Untuk penumpang yang akan menaiki penerbangan, anda dinasihatkan untuk tiba empat jam lebih awal dari waktu penerbangan. Selain itu, anda boleh ‘check-in‘ menggunakan aplikasi telefon pintar untuk memudahkan urusan. Anda boleh ikuti laman Twitter @MY_Airports untuk maklumat terkini.

Artikel berkaitan: Masalah Gangguan Sistem Di KLIA, Penumpang Diminta Tiba Empat Jam Lebih Awal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...