Sistem Kitar Semula Sampah Di Jepun

Teknologi

Sistem Kitar Semula Sampah Di Jepun

Pada akhir bulan Mei yang lalu, Malaysia telah membuat keputusan untuk memulangkan semula sampah yang dikirimkan dari negara besar seperti Australia, Bangladesh, Kanada, China, Jepun, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Bukan sedikit sampah yang dipulangkan itu tetapi sampah sebanyak 450 tan sisa buangan plastik import dipulangkan semula ke negara asal.

Kredit: voaindonesia

Selain daripada Malaysia, Filipina pun melakukan perkara yang sama apabila membuat keputusan untuk memulangkan semula sampah dari Kanada ke negara asalnya.

Advertisement

Setelah sekian lama, kini negara-negara Asia bertindak menyuarakan pandangan untuk tidak lagi menjadi tempat pelupusan sampah dari negara-negara besar.

Menteri Alam Sekitar Jepun baru-baru ini berkata Jepun akan membantu negara-negara jiran dalam melupuskan sampah dalam negara dan akan menyediakan dana sebanyak $18.49 juta untuk hal ini.

Kredit: Asia Nekkei

Mungkin kita boleh belajar daripada negara Jepun yang memproses semula sampah sebagai sumber tenaga mereka. Seperti yang kita tahu, Jepun mengamalkan sistem  buangan yang sangat sistematik dan adakalanya untuk pelancong ianya agak rumit dan memeningkan.

Di Jepun, sampah diklasifikasikan kepada empat jenis iaitu sampah yang mudah terbakar, tidak mudah terbakar, sampah yang terlalu besar dan botol serta tin.

Sampah mudah terbakar

Untuk sampah ini kebiasaannya terdiri daripada sisa kertas, beg plastik, pembalut makanan, getah dan kulit serta tiub dan bekas plastik yang lain. Sampah jenis ini akan dikutip dua kali seminggu.

Sampah tidak mudah terbakar

Dalam sebulan hanya sekali sahaja sampah jenis ini akan dikutip. Antara yang tergolong dalam kategori ini ialah plastik panjang, bahan plastik yang lain, barangan seramik, logam, gelas dan peralatan kecil.

Sampah yang terlalu besar

Sekiranya ada perabot lama yang hendak dibuang seperti meja, kerusi, katil atau almari yang tidak lagi digunakan anda boleh membuang di lokasi yang ditetapkan.

Dalam setahun hanya dua kali sahaja sampah jenis ini akan dikutip dan dilupuskan.

Tin dan botol

Untuk botol yang dibuang penutup botol mestilah dibuka terlebih dahulu dan botol haruslah dicuci bersih untuk dikitar semula. Tin
dan botol juga perlu dimampatkan atau dipijak sebelum dibuang.
Rakyat Malaysia mungkin tidak terlalu didedahkan tentang kesedaran atau kepentingan untuk kitar semula.

Tapi dah tiba masanya kita tiru negara Jepun untuk kita belajar mengurangkan sampah yang ada dalam negara kita.

Jadi apa pendapat anda tentang kitar semula ni?

Sumber: melancongkejepun, vocket

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...