Sistem Kereta Honda CRV Digodam Pencuri Di EkoCheras Mall Dalam Masa 20 Minit Sebelum Dibawa Lari

Kehidupan

Sistem Kereta Honda CRV Digodam Pencuri Di EkoCheras Mall Dalam Masa 20 Minit Sebelum Dibawa Lari

Siapa sangka tempat letak kenderaan di pusat membeli belah yang mempunyai kawalan keselamatan juga boleh menjadi lokasi kecurian kereta? Lokasi yang sepatutnya selamat untuk tinggalkan kereta juga tidak akan menjadi selamat jika tiada kawalan keselamatan yang baik.

Nasib malang menimpa Nic Wang apabila kereta Honda CRV yang ditinggalkan di ruangan tempat kereta di EkoCheras Mall ini hilang sewaktu dia pulang dari kerja. Walaupun ada CCTV, pengawal keselamatan, polis bantuan, ruang parking berbayar tetapi itu semua tidak menjamin kereta anda akan selamat.

Advertisement

Kereta hilang

Pada 13 Januari 2020, Nic meletakkan kereta di ruang meletak kenderaan di EkoCheras Mall seperti biasa. Tetapi selepas pulang daripada kerja, dia mula perasan keretanya hilang dan tidak ada di tempat tersebut.

Selepas maklumkan pada bahagian pos keselamatan mall, mereka mula membuat rondaan dan menyemak semula rakaman CCTV untuk tahu kenderaan yang keluar masuk. Dia kemudian bergegas membuat laporan polis untuk maklumkan kejadian itu.

Berdasarkan rakaman CCTV, sebuah Perodua Alza berhenti di sebelah keretanya seolah-olah sedang menunggu kereta lain. Kemudian, seorang lelaki turun daripada kereta dan mula membuka keretanya dalam masa kurang 1 minit.

Lelaki itu kemudian membuka bahagian hood dan trunk kereta (periksa GPS) agak lama juga sebelum membawa lari kereta tersebut. Kedua-dua Alza dan Honda CRV miliknya keluar daripada mall menggunakan kad Touch n Go yang sama dengan mengikuti rapat pada belakang kereta Alza.

Bahagian pengurusan

parking kereta

Pihak pengurusan EkoCheras Mall berjumpa dengannya untuk tahu tentang kejadian ini. Tetapi mereka cuba meletakkan kesalahan itu padanya dan membuat andaian kunci kereta telah di duplicate oleh pihak ketiga.

Kalau betul mereka ada kunci duplicate, dalam masa 1 minit mereka dah boleh bawa lari kereta saya. Sedangkan pegawai IPK sendiri cakap sindiket ni memang memilih mangsa secara rawak. Ini kes kelima kecurian CRV sejak awal tahun ni.

Menurutnya lagi, sistem keselamatan mall ini juga tidak menjamin keselamatan pengunjung. Tidak ada sesiapa yang buat rondaan di kawasan tempat letak kereta dan tidak ada CCTV yang fokuskan pada pemandu tetapi hanya fokus pada nombor plate kereta saja. Rakaman CCTV juga tidak dapat menangkap dengan jelas imej pencuri kerana CCTV terletak jauh dari kawasan.

Pos keselamatan hanya 10 kereta jauh dari lokasi kejadian, dan kereta saya hanya 10 kereta jauh dari pintu keluar. Dalam masa 20 minit, tak ada sesiapa yang perasan kecurian berlaku.

parking kereta

Kereta di ‘hack’

Pihak polis berjaya menjumpai keretanya bersama-sama suspek.  Suspek sebenarnya telah menggodam sistem keselamatan kereta dan reprogram semula untuk buat kunci baru. Kedua-dua kunci asal pada Nic juga sudah tidak boleh digunakan. Suspek juga bukanlah seorang yang ‘pro’ memandangkan dia mengambil masa 20 minit.

Walaupun kereta berjaya dijumpai, pihak pengurusan sepatutnya melakukan sesuatu untuk pastikan keselamatan pengunjung di sini dijamin selamat. Selain kes kecurian kereta, perkara yang lebih teruk mungkin boleh berlaku seperti kes culik dan rogol.

Buat masa ni, ianya hanya kecurian kereta. Nic pasti ramai yang sudah lupa tentang kes yang berlaku pada Canny Ong di ruangan tempat letak kenderaan. Dengan sistem keselamatan yang tidak terjamin ini, ada banyak lagi peluang jenayah yang boleh berlaku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...