Sistem Kad Akses Akan Dilaksana Di Flat PPR Tahun Hadapan Untuk Tangani Perangai Penghuni Liat Nak Bayar ‘Maintenance’

Kehidupan

Sistem Kad Akses Akan Dilaksana Di Flat PPR  Tahun Hadapan Untuk Tangani Perangai Penghuni Liat Nak Bayar ‘Maintenance’

Bermula tahun hadapan, flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan mempunyai sistem kad akses yang dilaksanakan di bawah Program Residensi Rakyat.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, semua penghuni akan mendapat dua kad akses yang mana pertamanya untuk kegunaan akses pintu masuk berpagar dan keduanya untuk kegunaan di lif.

Advertisement

flat PPR

Jika penghuni membayar maintenance seperti yang ditetapkan, mereka akan mendapat akses di perumahan itu dan sesiapa yang enggan akan dihalang akses bagi kedua-dua kad tersebut.

Sekiranya mereka bayar, akan dapat akses. Mereka enggan bayar, saya mohon maaf (tiada kompromi). Itu saja.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata inisiatif itu dasar keprihatinan kerajaan dalam memastikan penyelenggaraan bagi setiap residensi boleh dilakukan secara berkala dengan kerjasama penghuni di sesebuah PPR.

Nga Kor Ming

Tambahnya, dalam tempoh dua tahun sahaja, kerajaan telah membelanjakan hampir RM300 juta untuk membaiki, menyelenggara dan membaik pulih mana-mana bangunan PPR yang didapati usang atau pun daif.

Kita juga perlukan kerjasama semua penghuni sebagai satu komuniti yang aman sentosa dan sentiasa saling hormat menghormati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

side mirror dipatahkan penduduk ppr
5 months ago

Pemuda Kecewa Penduduk PPR Patahkan Cermin Sisi Kereta, Dapat ‘Surat Amaran’ - “Saya Dah Turunkan Handbrake”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...