Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, mendakwa sistem dalam talian milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah digodam, dengan penggodam menuntut wang tebusan sebanyak USD55 juta (RM236.17 juta).
Menurut laporan China Press, Kok Wai memaklumkan bahawa beliau menerima maklumat tersebut daripada individu yang dipercayainya sebagai sumber yang boleh diharap dan menyakini bahawa insiden ini benar-benar berlaku.

Jika ia adalah masalah teknikal yang menyebabkan kegagalan sistem, ia tidak sepatutnya mengambil masa lebih daripada 3 minggu untuk diselesaikan. Ini jelas merupakan masalah yang sangat serius.
Tan turut menjelaskan bahawa beliau telah menghubungi pembantu khas Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 8 Mei untuk mengatur pertemuan bersama Datuk Bandar berkenaan isu ini dan beberapa perkara lain, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

Saya bukan sahaja membangkitkan isu ini, kawasan pilihan raya saya dan kemudahan awam komuniti juga memerlukan perhatian segera.Kini sudah 10 hari dan tiada sebarang maklum balas.
Beliau menambah bahawa sistem pengecaman wajah untuk memasuki bangunan DBKL turut tergendala, menyebabkan setiap pengunjung perlu mengisi maklumat secara manual.
“Adakah kejadian ini akan menyebabkan kebocoran berpuluh-puluh ribu data peribadi yang ada dalam DBKL? Pejabat perbandaran telah mengabaikan hak orang awam sepenuhnya,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.