Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai seorang pempengaruh yang menjual laksa Siam dari rumah mendakwa dirinya dihalau oleh jiran disyaki kerana perasaan iri hati dan dengki.
Enggan biar isu berlarutan, seorang individu tampil menjelaskan perkara sebenar mendakwa kawasan rumah menjadi kotor akibat sampah sarap dan sisa makanan yang tidak diselenggara dengan baik.
Dia memberitahu dia sudah tidak mampu untuk berhadapan dengan bau busuk akibat daripada kawasan air yang bertakung di belakang rumah.
Keadaan di dalam longkang pula ada air dan darah ikan yang dibasuh untuk perniagaan laksa tersebut.
Air-air tu semua mengalir masuk kawasan longkang saya sebab situ tak ada aliran longkang. Lalat yang banyak asbab sisa-sisa makanan yang bersepah.
Cuba korang pula hidup dengan lalat-lalat yang banyak ni setiap hari apa perasaan korang? Jangan tahu mengecam saja dengar dua-dua pihak. Anda semua tak duduk dekat tempat kami.
@nuraleya86 saya tak dengki ngn rezeki org bkn nk tutup periuk nasi org.. sya cuma nk hidup dngn aman dirumah sya sndri.. #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – @Nur_Aleeya
Individu tersebut menjelaskan video yang dimuat naik bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa tetapi mereka ingin mempertahankan diri selepas dituduh menghalaunya.
Kemudiannya, pempengaruh tersebut tampil mempertahankan diri mengatakan gambar dan video yang diambil oleh jirannya itu adalah keadaan selepas banjir menyebabkan kawasan rumah kelihatan kotor.
Namun, dia akui kesalahannya tidak membersihkan luar rumah terlebih dahulu sebelum mula memasak.
Difahamkan, pempengaruh tersebut memilih untuk menghentikan perniagaannya buat sementara waktu dan akan berpindah dari kawasan kejiranan itu.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah