Sisa Kilang Kertas Sebabkan Kematian Ratusan Anak Ikan Patin

Kehidupan

Sisa Kilang Kertas Sebabkan Kematian Ratusan Anak Ikan Patin

Pencemaran yang berpunca dari sebuah kilang kertas mengakibatkan ratusan ikan sangkar Sungai Pahang mati di Kampung Pengkalan Manggis, Temerloh.

Pada 9 Jun lalu, penduduk mendakwa air Sungai Pahang berubah menjadi hitam dan berbau busuk menyebabkan anak ikan dalam sangkar mati.

Advertisement

Menurut seorang pengusaha ikan sangkar dikenali Mohd Zahir Ibrahim, 37, dia terkejut apabila melihat air Sungai Pahang seperti minyak hitam dan ikan ternakannya mati.

“Baunya busuk seperti air kumbahan selain terdapat sisa buangan dan habuk yang melekat pada ikan. Ratusan anak ikan patin yang berusia seminggu mati dan kejadian sama pernah berlaku dua tahun lalu”.

Tambahnya, dia agak terkilan kerana kejadian ini berlaku ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19 yang menyebabkan pendapatan ramai penternak ikan sangkar terjejas.

Sementara itu, aduan sudah dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan sampel air diambil oleh pihak jabatan terbabit pada Khamis.

Pengarah JAS Pahang, Mohd Sani Mat Daud mengesahkan pencemaran itu akibat pelepasan sisa melalui paip bawah tanah dari sebuah kilang kertas. Kilang kertas itu membuat pelepasan sisa pada 9 Jun lalu secara tidak sengaja.

Tambah beliau, kilang kertas itu didakwa mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika sabit kesalahan, denda RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, Jabatan Perikanan sedang menyiasat dan menilai kerugian dihadapi oleh penternak ikan sangkar dalam kejadian itu.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...