September 14th, 2017

Semakin panas nampaknya kemelut yang melanda syarikat DBI Technology Sdn Bhd milik Dato’ Boy Iman. Selepas didakwa melakukan penipuan oleh Facebook PW Community, terbaru penggunaan logo Sirim Berhad dan CIDB Malaysia di dalam poster syarikat ini juga dipertikaikan. Kedua-dua pihak ini telah tampil memaklumkan yang syarikat pelakon tersebut tidak pernah diberikan kebenaran untuk menggunakan logo mereka.
boy iman
Sirim Berhad memaklumkan bahawa agensi tersebut tidak pernah mengadakan sebarang kajian, ujian produk termasuk perkhidmatan membabitkan syarikat tersebut. Berikut ialah kenyataan daripada Sirim Berhad:-

Sirim juga tidak memberikan pensijilan atau kebenaran kepada DBI Technology untuk menggunakan logo korporat Sirim dalam sebarang bentuk promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan miliknya. Oleh itu, Sirim tidak akan bertanggungjawab di atas segala akibat atau kesan yang dilakukan oleh DBI Technology.

boy iman

Sementara itu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia juga menafikan memberi kebenaran kepada DBI Technology untuk menggunakan logo mereka. Menurut CIDB, mereka tidak menerima sebarang permohonan penggunaan logo korporatnya daripada syarikat milik Dato’ Boy Iman itu.
boy iman

Berdasarkan pemberhatian Abang Nara sebentar tadi, akaun Instagram Dato’ Boy Iman sudah pun tidak aktif lagi. Apa-apa pun diharap anda semua berhati-hati dengan mana-mana pelaburan yang “seems too good to be true”. Siasat betul-betul terlebih dahulu sebelum menyertainya. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...