Plaform streaming service, Netflix bakal muncul dengan siri terbaru berjudul Messiah yang akan ditayangkan pada 1 Januari 2020. Menerusi trailer yang dikongsikan, ramai yang percaya siri itu adalah berkisarkan tentang ‘Dajjal’.
Trailer yang mula ditayangkan pada tiga hari lalu mencetuskan kontroversi terutamanya dalam kalangan penonton Muslim seluruh dunia. Sehinggakan siri baru itu mula trending di laman Twitter. Untuk yang nak tahu kenapa ianya trending, boleh tonton trailer di bawah.
Messiah lelaki utusan
Musim pertama siri Messiah menceritakan tentang seorang pemuda dari Syria yang mendakwa dirinya adalah ‘utusan’ untuk menyampaikan mesej. Lelaki misteri itu dikatakan tiba di bumi untuk menjalankan misi yang diutuskan Tuhan.

Spoiler terbesar

Kalau anda cuba Google ‘Al-Masih ad-Dajjal’ pasti maklumat yang anda dapat adalah tentang Dajjal itu sendiri. Yang mana jika di translate maksudnya dari bahasa Arab iaitu ‘the false messiah, liar, the deceiver’. Maksudnya, siri ini berkemungkinan besar sememangnya berkisahkan tentang Dajjal.
crying @ the fact that muslims figured out the twist ending of the netflix ‘messiah’ show b/c they LITERALLY NAMED THE CHARACTER DAJJAL pic.twitter.com/nLWWtxpKHL
— idham (@frankoceanhafiz) December 5, 2019
The “A” in messiah reflects illuminati. #Dajjal pic.twitter.com/Fl8e5JUsgq
— Armaan Khan (@ArmaanK44835662) December 5, 2019
#Dajjal is trending pic.twitter.com/Cn8Rp06Tdf
— Palmwinepapi? (@BMDCSZN) December 4, 2019
@netflix @MessiahNetflix y’all got some explaining to do… ‘Al Massih’ ? pic.twitter.com/bpjPHeAOUC
— Mu?ad. (@Sultaan_Mo1) December 3, 2019
Netflix Messiah musim pertama akan ditayangkan pada 1 Januari 2020 ini.
Artikel berkaitan: Netizen Kecam Tindakan Finas Tapis Filem Netflix, Kini Heboh Kemunculan Aflix