Siri Popular Netflix “Stranger Things” Kembali Dengan Musim Ketiga

Trending

Siri Popular Netflix “Stranger Things” Kembali Dengan Musim Ketiga

Siri popular Netflix iaitu Stranger Things telah kembali untuk musim ketiga. Netflix Malaysia telah mengadakan tayangan pertama untuk musim baru ini di TGV One Utama pada Isnin yang lepas untuk pihak media.

Karya terkenal Duffer Brothers ini telah menjadi fenomena di seluruh dunia selepas musim pertama ditayangkan pada tahun 2016.

Advertisement

Musim ketiga akan mula ditayangkan pada 4 Julai ini serentak di seluruh dunia semestinya boleh ditonton di Netflix.

Apa yang menariknya tentang musim terbaru ini? Disini kami senaraikan fakta menarik mengenai Stranger Things 3.

Ditayangkan pada hari kemerdekaan Amerika Syarikat

Seperti yang kita tahu tarikh 4 Julai merupakan hari kemerdekaan untuk Amerika Syarikat. Pihak produksi telah memilih tarikh ini untuk tayangan episod pertama musim baru ini.

Pengumuman ini juga telah dibuat oleh Netflix pada 31 Disember 2018 menggunakan footage dari Dick Clark’s New Year’s Rockin’ Eve 1985.

Perubahan pelakon kanak-kanak

Jangan panik! Musim baru ini masih mengekalkan pelakon yang sama. Yang kami maksudkan ialah oleh kerana siri ini menggunakan pelakon kanak-kanak sejak musim pertama, sudah tentu lah terdapat sedikit perubahan pada mereka yang semakin meningkat dewasa.

Musim pertama

Musim kedua

Musim ketiga

Hanya ada lapan episod

Walaupun sebelum ini mereka mengumumkan musim ketiga ini kemungkinan mempunyai lapan atau sembilan episod. Pada hujung tahun 2018, Netflix telah mengeluarkan senarai lapan tajuk untuk episod musim baru ini.

  1. “Suzie, Do You Copy?”
  2. “The Mall Rats.”
  3. “The Case of the Missing Lifeguard.”
  4. “The Sauna Test.”
  5. “The Source.”
  6. “The Birthday.”
  7. “The Bite.”
  8. “The Battle of Starcourt.

Lebih banyak aksi di Starcout Mall

Sudah tentunya yang menarik perhatian adalah Starcout Mall yang menjadi tarikan di Hawkins. Kali ini lebih banyak babak yang berlaku di sini, mall yang sangat cool, fun dan penuh 80s vibes.

Musim yang lebih brutal 

Tak dinafikan bermula dari episod satu sahaja sudah banyak babak yang agak brutal dan gross berlaku. Walaupun bukanlah bergenre filem seram tapi yang pastinya anda akan berasa lebih seram ketika menonton musim ini.

Nak tahu apa yang seram tu? Kenalah tonton di Netflix nanti! Jangan lupa musim ketiga Stranger Things akan bermula pada 4 Julai 2019 ini.

Hanya di Netflix.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...