Siri Penyiasatan Persendirian Kes Kehilangan Ardiena Pada Tahun 1994 – Fail 1

Trending

Siri Penyiasatan Persendirian Kes Kehilangan Ardiena Pada Tahun 1994 – Fail 1

Tahun 1994 bisnes JK teruk. Projek tiada. Kerja terakhir dekat setahun lepas dan dia bercadang nak tutup je bisnes Private Investigation(PI) dan buat bisnes lain.

Advertisement

Sejak dia dah bayar sewa ofis bulan tu, kalau tiada projek juga sampai hujung bulan kira sampai situ aja lah rezeki dalam bidang penyiasat persendirian ni.

Minggu lepas bulan terakhir, JK menerima panggilan dari Roslan, kawan lama time sekolah menengah.

Roslan tanya berminat tak nak ambil projek kat KL? (office JK di luar KL/Selangor). Dah tentulah berminat kan, orang tengah sengkek gila ni lagi tanya soalan bodoh macam tu.

JK pergi ke KL besoknya untuk bertemu Roslan dan kemudian diperkenalkan kepada pasangan suami isteri separuh abad bernama Bang Daman dan Kak Fatimah.

Sesi pertemuan yang diaturkan Roslan mengambil tempat di rumah pasangan tersebut di Shah Alam.

Sampai di rumah pasangan itu, Bang Daman dan Kak Fatimah macam nak tak nak je terima kehadiran JK dan Roslan. Masuk rumah pun ikut pintu belakang.

Kata JK masa dia salam Bang Daman, pakcik tu sugul je dan dari mata Kak Fatimah yang membengkak, orang tua tu baru lepas meraung kot.

Tanpa sebarang sesi berkenalan ramah mesra segala, Bang Daman terus menyatakan masalah besar melibatkan Ardiena, anak gadis bongsu mereka berumur 21 tahun yang hilang selepas keluar melepak bersama kawan-kawan universiti.

Beberapa hari selepas laporan polis dibuat, Kak Fatimah menerima surat pos dari Ardiena mengatakan dia nak kahwin lari bersama cinta hatinya.

Menurut Kak Fatimah, memang mereka ada krisis sebelum itu melibatkan teman lelaki si Ardiena.

Anak gadis mereka bercinta dengan lelaki timur tengah ini yang bernama Arman.

Mula-mula mereka okay aja walaupun ambil berat sedikit, tapi sayang anak punya pasal mereka gembira kalau anak mereka seronok.

Mereka ingat anak pak sheikh tauke minyak mana, sehinggalah Ardiena bawa Arman pulang ke rumah dan mendapati mamat Iran itu bertatoo, bertindik bagai.

Keluarga Bang Daman ni bukan jenis urban boleh bertolak ansur.

Orang macam Arman walaupun menurut Kak Fatimah, teman lelaki Ardiena itu sopan-santun orangnya. Rentetan dari hari itu, terjadilah pertengkaran antara Ardiena dan orang tuanya.

Keadaan menjadi parah bila abang-abang Ardiena yang tiga orang tu pergi marah mamat Iran tersebut sampai bertumbuk. Lepas tahu teman lelakinyanya di laukkan oleh abang-abangmya, Ardiena memprotes secara senyap.

Pada mulanya semua tak ambil hal sangat sebab ingatkan nanti seminggu dua ok lah tu.

Sangkaan mereka bahawa tindakan senyap Ardiena itu tiada apa-apa yang serius tetapi sebenarnya ada udang sebalik batu. Satu hari, Ardiena tiba-tiba lagak macam biasa. Tiada dah masam-masam muka, hempas-hempas pintu dan sebagainya.

Kiranya dia kembali kepada dirinya yang lama dan hari itu juga dia cakap nak keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan. Bang Daman benarkan aja lah dan tak syak apa-apa. Anak gadis kesayangan baru lepas habis merajuk la katakan.

Dan itu kali terakhir mereka lihat Ardiena.

Masa JK datang rumah Bang Daman dan Kak Fatimah tu pun anak lelaki 3 orang semua di tiada di rumah, bersusah payah mencari adik bongsu mereka yang waktu itu dah lebih seminggu hilang.

Semua urusan laporan polis dah buat dan tentulah hanya polis yang boleh menyelesaikan dengan lebih tepat, melainkan Ardiena tu bawah umur.

Lagi-lagi ada surat dari Ardiena sendiri yang rela hati ikut mamat Iran itu. Polis cuma boleh bagi insuran yang semua bahagian pelabuhan macam lapangan terbang dan sempadan akan di pantau.

Kes ini sama seperti berpuluh kes yang JK pernah handle sebelum ini.

Bagi JK, kalau lari dari rumah tiada masalah sangat tapi kalau kena culik, itu masalah.

JK punya prinsip adalah dia tak sentuh kes jenayah. Terlalu banyak perkara yang tak perlu katanya. Tapi kalau kes macam Ardiena ni hal kecil je bagi dia. Tanpa fikir panjang, JK terima job tersebut.

Seperti biasa, JK bagitahu terma dan syarat perkhidmatan ke Bang Daman dan isteri;

Pertama, 70% deposit.

Kedua, Penglibatan JK tidak boleh dimaklumkan ke pihak polis/berkuasa sama sekali.

Ketiga, Tugas JK hanya mengesan, bukan Search-and-Rescue; dan terakhir,

JK tak bertanggungjawab di atas keselamatan Ardiena kerana tugasnya cuma mengesan dan sebaik Ardiena sah ditemui, balance 30% perlu di selesaikan sebelum maklumat tersebut di bagi ke klien.

Sebelum JK meninggalkan rumah, dia minta masuk bilik Ardiena untuk mencari klu memulakan siasatan.

Masuk je dalam bilik, JK terus ke meja belajar dan menyelongkarnya.

Kemudian beralih ke katil dan terakhir sekali rak buku. JK mencari sebuah buku kecil yang boleh menyenangkan kerja dia. Aku tanya, diari ke?

JK cakap orang Melayu mana ada simpan diari macam mat salleh, tapi belia muda macam Ardiena pasti ada buku telefon. Sangkaannya tepat apabila dia menemui sebuah buku kecil berwarna pink tertera perkataan “Phone Book” kat cover.

Tak susah pun nak kategorikan nombor-nombor telefon dalam buku Ardiena itu milik keluarga, BFFs, rakan sekelas dan sebagainya. Hanya tengok dari kedudukan nombor-nombor dari helaian tersebut.

Nombor-nombor penting mesti ada kat helaian depan, kecuali yang satu nombor khas yang tidak mempunyai nama melekat padanya dan di coret kat dari tempat biasa macam kat halaman nota kaki seperti apa yang JK jumpa dalam buku tersebut.

Dia terjumpa satu nombor ditulis kecil bahagian atas helaian dengan lukisan bunga di sebelahnya.

Bertahun pengalaman dalam industri PI membuatkan JK mempunyai berpengetahuan tinggi mengenai cara kerja.

Contohnya, dari susunan nombor sahaja dia dah tahu di negeri dan daerah mana datangnya nombor telefon itu. Di pendekkan cerita, selepas melakukan kerja-kerja siasatan, JK berjaya teka secara tepat rumah dimana telefon tersebut didaftarkan.

Perincian dilakukan dan menggunakan lensa kamera berkuasa tinggi, JK berjaya mengambil foto beberapa lelaki asing keluar masuk sebuah rumah teres dua tingkat di area Ampang.

Dari penerangan keluarga Ardiena, JK maklum lelaki ini ada tattoo-tattoo kat tangan.

Walaupun nampak macam sumber positif pprojek siasatannya tetapi dia masih tak nampak Ardiena. Selepas seminggu berkampung di situ, JK buat keputusan untuk berehat.

Setelah mengkaji rutin keluar masuk penghuni rumah tersebut, JK merancang bagaimana hendak pecah masuk rumah itu. Dia hanya memerlukan bukti foto Ardiena dan tugasnya akan selesai.

Pada hari dan waktu yang telah ditetapkan, JK dengan yakin masuk ke perkarangan rumah sewa, ambil kunci dan masuk dengan selamba macam rumah dia. Kata JK ruang tamu kosong macam tiada orang dan kemudian naik tangga ke tingkat dua.

Pakaian berselerakan di sana sini. Bakul sampah kecil penuh dengan bekas-bekas makanan.

Bau masam, basi bercampur baur.

Ada empat bilik di tingkat atas dan keadaan dalam bilik jauh lebih buruk daripada luar. JK menuju ke arah bilik tidur utama. Tombol diputar. Kunci. Dengan menggunakan alatan, di pecah masuk bilik tersebut.

Di dalamnya terdampar seorang wanita muda dalam keadaan bogel atas tilam. Lengannya terikat jarum suntikan yang dilekat pada kulit. Wanita itu separuh sedar, tengah kayal dibawah pengaruh dadah.

Sekarang di sini datang bahagian yang pelik.

Di sebelah tilam ada sebuah cermin besar yang di apit oleh empat mannequin (patung fashion yang biasa jumpa kat mall) berpakaian baju etnik yang tak pernah dilihat sebelum ini.

Kat tapak cermin ada kotak kecil dibalut kain merah dan ada mangkuk kecil berisi kulit ular, ekor binatang reptilia (JK rasa ekor biawak) dan arang-arang seperti orang bakar shisha.

Beberapa helaian kertas tertulis bahasa tak difahami ditepek ke sebahagian dari cermin. Senang cakap, kata JK, macam tempat penyembahan.

JK beralih ke wanita tadi.

Wajah wanita itu bengkak seperti terkena alahan tetapi dari gaya rambut dan tanda-tanda di muka, tekaan JK perempuan inilah Ardiena. Dia perasan tilam ada tompokan darah dan bila JK periksa, belakang tubuh Ardiena di toreh-toreh tulisan seperti kertas tertepek di cermin.

Torehan itu memenuhi seluruh bahagian belakang Ardiena sampai JK sendiri terasa ngilu memikirkan bagaimana sakitnya di toreh sebegitu rupa.

Mungkin kerana itu Ardiena disuntik dengan dadah untuk menenangkannya sewaktu proses tattooing dilakukan.

Tanpa berlengah, JK mengambil foto-foto bahan bukti. Dinding bilik ada lukisan perempuan bogel bergelut dengan ular gergasi dan dilukis dengan terperinci.

Apa bendanya tempat ni? Tanya JK dalam hati.

Dia periksa almari pakaian plastik murah dalam bilik dan jumpa beberapa jubah warna merah tergantung dan juga buku ini sendiri (binding kat kedai photostat) dimana plastik depan ada imej makhluk manusia berkepala kambing dan berkepak.

Isi buku adalah selaras dengan beberapa bahasa yang ditulis tangan. JK tengok jam dan mengetahui dia ada paling lama 5 minit sebelum Arman dan geng-gengnya pulang.

Baru nak keluar bilik, Ardiena dalam keadaan duduk mendepakan tangan, seolah-olah minta tolong.

Kata JK, dia nak sangat tolong minah tu tapi dia risau tak sempat keluar. Jadi nak tak nak terpaksalah tinggalkan rumah itu secepat mungkin.

Wakt tu dia dah tak kisah pasal bisnesnya, perempuan itu benar-benar memerlukan pertolongan. Sebelum telefon ibu bapa Ardiena, JK telefon polis dulu.

JK melihat dari jauh ‘kemeriahan’ di rumah sewa Arman apabila polis sampai dengan keluarga Ardiena.

Kes selesai.

Tapi JK cakap, menyesal tak sudah dia beritahu awal sebab Bang Daman sudahnya tak bayar-bayar baki 30% tu sampai sekarang (tahun 2006).

Sumber : @dammerung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...