Masuk lembaran baru 2026, semangat “New Year, New Me” ni masih lagi membuak-buak dalam diri, dan kami yakin “New Me” yang dimaksudkan, bukan hanya untuk karakter diri, malah untuk lifestyle juga betul tak?
Jadi, kalau salah satu daripada wishlist “New Me” anda adalah untuk dapatkan peranti baru, siri OPPO Reno15 adalah pilihan yang terbaik!
Kali ini, OPPO bukan setakat bagi rekaan menawan, malah menyediakan pelbagai ciri yang cukup padu dengan segala macam teknologi next level yang akan membantu anda capai “New Me” yang diimpikan.
Kalau anda nak tahu apakah antara kelebihan yang ada pada keluaran kali ini, meh sini meh kami kongsikan.
Tak Perlu Banyak Effort, Selfie Guna Kamera Depan Pun Dah Cukup!
Kalau anda masih lagi menggunakan teknik selfie 0.5 dan selfie stick, tolongkah lupakan, sebab terlampau banyak sangatlah effort untuk tangkap gambar swafoto. Kena banyak kali retake pula tu…

Baik selfie guna 50MP Ultra Wide Selfie Camera OPPO Reno15, siap ada sudut pandangan 100° terluas dalam industri, membolehkan anda untuk tangkap gambar secara beramai-ramai, tanpa perlu effort yang lebih tau. Bestnya!
Lagi best, dengan ciri Golden Selfie Angle 0.6x, ia akan memberi kesan rupa paras runcing semula jadi, supaya anda boleh tangkap lebih banyak pemandangan atau latar belakang, menjadikan swafoto tampak lebih luas dan memukau.
Paling penting, hasil gambar selfie akan kelihatan jelas terperinci, tanpa herotan dengan ciri Ultra-Clear Group Photo 2.0. Macam ni barulah yakin nak post di media sosial!
Ciri Popout Menjadikan Gambar Lebih Lawa Yang Next Level
Kalau anda memang suka edit gambar lawa-lawa untuk dimuatnaik di media sosial peribadi, jujur cakap siri OPPO Reno15 ni memang sangat berbaloi untuk dimiliki!
Tahu tak, peranti ini juga dilengkapi dengan ciri ‘Popout’, di mana anda boleh level up skill kreativiti dengan menghasilkan efek seolah-olah gambar melonjak keluar daripada bingkai. Seriuslah?
Anda hanya perlu menggabungkan beberapa Imej Gerak atau Imej Pegun, dan pastikan jumlah durasi Imej Gerak bagi mod Popout itu tidak melebihi 10 saat.
Kalau tanya kami, ciri ini sangat sesuai untuk digunakan kalau anda ingin muatnaik gambar photo dump atau carousel. Confirm ramai akan terpukau dengan hasil gambar yang anda edit!
Ciri Telephoto Portrait Membuahkan Hasil Seperti Kamera Profesional
Apa yang membuatkan siri OPPO Reno15 ini lebih outstanding berbanding jenama lain adalah ia mempunyai ciri 3.5x Telephoto Potret Vibe dengan lensa 50MP(85mm), yang berupaya menghasilkan gambar jarak jauh lebih tajam, serta kesan fokus profesional sinematik tau.

Tak cukup dengan itu, ia juga disokong algoritma Telescope Zoom sehingga 120x, yang mampu merakam subjek dengan lebih dekat dan terperinci, supaya gambar anda akan jadi on-point.
Paling penting, kehebatan potretnya diperkukuh lagi dengan Enjin Potret Reno yang menggunakan teknologi Nada Semulajadi, memastikan tona kulit anda kelihatan lebih natural tanpa kesan AI yang melampau, menjadikan setiap gambar nampak lebih kemas dan hidup.
Lebih Banyak Ciri Sokongan Lain Jadikan Gambar & Video Memukau

Tahu tak, ciri-ciri lain yang ada pada siri OPPO Reno15 ni semestinya akan membuatkan pengalaman mengambil gambar dan video anda ke next level tau.
Sebagai contoh, kami yakin pasti ramai antara kita pernah alami situasi di mana lighting pada gambar tu kelaut betul tak? Jangan risau, ciri AI Portrait Glow berupaya untuk mencerahkan lagi gambar yang ditangkap secara semula jadi. Bestkan?
Bukan itu saja, kalau anda nak gambar yang clean dan minimalist ala-ala Pinterest, anda boleh edit gambar menggunakan AI Motion Photo Eraser, dengan memadam objek tak diingini pada gambar. Barulah media sosial feed tampak lebih kemas!
Selain itu, anda juga boleh bermain dengan kreativiti dengan menggunakan ciri AI Motion Photo Slow-Mo yang dapat menukarkan gambar biasa kepada video bergerak perlahan, seolah-olah memberi look and feel yang cukup dramatik.
Nak lagi dramatik seolah-olah anda tengah menghasilkan sebuah video musik atau filem pendek, rakam video dengan menggunakan ciri rakaman 4K HDR Ultra-Steady, fuhh hasilnya pasti tampak lebih tajam dan jelas, dengan warna yang cukup sinematik!
Kalau anda seorang kaki vlog, kami yakin anda mesti akan suka dengan ciri Front Ultra Wide Portrait Video ni sebab ia membolehkan anda untuk rakam pemandangan lebih luas, menjadikan subjek tampak lebih menonjol.
Reka Bentuk Unik, Menjadikan OPPO Reno15 Lebih ‘Special’
Selain daripada kelebihan pada kamera dan ciri-cirinya, siri OPPO Reno15 ni juga mempunyai kelebihan yang cukup unik pada rekaannya.

Dengan rekaan Dancing Aurora, kami yakin ia dapat memukau mata-mata yang memerhati sebab panel belakang peranti ini tampak seolah-olah sedang bergerak, hasil tekstur 3D daripada ukiran jutaan corak OPPO Glow sangat halus.
Paling best, anda berpeluang untuk lihat macam mana alunan aurora tersebut tampak ‘hidup’ apabila panel belakang terkena cahaya dari sudut yang berbeza. Unik kan?
Hadir dengan pilihan warna Aurora Blue, Aurora White, atau Twilight Blue, semua rekaan tampak sangat premium.
Bahagian kameranya pun tak nak kalah tau! Dengan rekaan Dynamic Halo, ia mempunyai tekstur inspirasi mozek, memberikan kesan shimmering.
Jadi setiap kali cahaya berubah, kawasan kamera akan berkelip dan bercahaya seperti butiran bintang di langit, sekali gus melengkapkan lagi gaya estetik aurora pada badan telefon ini. Fuhh, glam habis ni!
Untuk skrin pula, ia mempunyai bezel yang sangat nipis, hanya sekitar 1.6mm saja, dengan skrin AMOLED 6.59 inci, menjadikan paparan lebih luas dengan nisbah skrin-ke-badan mencecah 93.4% tau.
Nak layan movie atau scroll media sosial memang puas hati sangat sebab kadar segar semula 120Hz pada peranti ini memang confirm lancar.
Paling penting, anda tak perlu risau kalau terkena hujan atau habuk sebab ia siap ada penarafan IP69 yang tahan lasak!
Gambar & Video Kini Boleh Dikongsi Dengan Pengguna iPhone
Dari segi operasi pula, jujur cakap siri OPPO Reno15 ni memang dah maju ke hadapan berbanding jenama lain.
Sebagai contoh, kebiasaannya telefon akan jadi lag kalau kita guna dalam jangka masa lama betul tak? Tapi, dengan ColorOS 16, OPPO memperkenalkan Trinity Engine serba baru untuk memastikan prestasi telefon ultra-lancar, tak kiralah betapa berat aplikasi yang anda buka!
Psst, anda juga boleh buka 100 aplikasi serta merta tanpa lag!

Lebih hebat, ia hadir dengan 6-Year Fluency Authentication, di mana ia akan memastikan sistem kekal lancar dan responsif, menjadikan telefon anda terasa “macam baru beli” walaupun dah bertahun-tahun digunakan.
Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan sistem wide-animation yang menyeluruh dan lancar pada setiap bahagian, dari foto dan album hingga ke skrin utama serta skrin kunci, dengan respon navigasi pantas.
Tak cukup dengan itu, siri OPPO Reno15 dilengkapi dengan AI Mind Space, yang bertindak sebagai pembantu peribadi pintar yang dapat membantu merancang perjalanan atau menyusun memori penting dengan sekelip mata saja tau. Bestkan?
Nak berbual atau perlukan idea, Google Gemini dan Gemini Live dah sedia ada dengan gaya perbualan yang sangat bijak dan semula jadi, paling penting semuanya boleh diakses dengan pantas.
Paling best, lepas ni anda dah boleh kongsi gambar atau video kepada kawan-kawan yang menggunakan iPhone menerusi O+ Connect dan ciri Touch to Share, di mana anda hanya perlu sentuh peranti secara NFC untuk pindah fail dengan kualiti yang kekal sama.
Satu lagi, anda dah tak perlu risau bateri cepat “kong” lagi dah semasa berseronok, sebab siri OPPO Reno15 mempunyai kapasiti bateri sebesar 6500 mAh dengan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC™, memastikan bateri tahan lebih lama sepanjang hari!
Pengalaman Next Level, Kaki Game Confirm Suka
Jarang-jarang kita jumpa peranti yang turut fokus pada pengalaman gaming ni kan? Kebanyakan jenama sekarang lebih ke arah kelebihan kamera, jadi amat sukar untuk kaki gamers di luar sana untuk upgrade kepada peranti baru.
Tapi, jangan risau, kalau anda seorang gamers tegar, siri OPPO Reno15 adalah yang terbaik sebab ia dikuasakan oleh Snapdragon® 7 Gen 4 Mobile Platform, yang dibina berasaskan proses 4nm, serta memberikan pengalaman lancar dengan AI Hyperboost 2.0.
Jadi, ia berupaya untuk memberikan prestasi yang lebih mantap berbanding generasi sebelumnya, di samping meningkatkan kecekapan tenaga untuk kawalan haba yang lebih baik dengan jangka hayat bateri yang lebih lama.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri AI Game Capture 2.0, di mana ia adalah ciri rakaman permainan tahap sistem yang menjadi mercu tanda Reno, dioptimumkan untuk penggunaan kuasa yang rendah semasa bermain.
Ia dapat menyokong detik-detik penting dalam permainan seperti pertempuran sengit, cabutan gacha, dan kesan skin khas, membolehkan anda untuk merakam klip permainan video selama 15 saat atau 30 saat.
Bukan itu saja, anda juga boleh menangkap foto gerak (Motion Photos) selama 3 saat, di mana anda boleh memilih format berbeza untuk menyimpan dan memainkan semula detik permainan yang terbaik dengan lebih mudah.
Nikmati Promosi Istimewa Dengan Pembelian Siri OPPO Reno15!

Sebenarnya, memang banyak sangat kelebihan yang ada pada siri terbaru OPPO Reno15 ni, menjadikan ia adalah peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki pada tahun 2026.
Jadi, guys, jomlah step up your game, dan dapatkan siri OPPO Reno15 ni sekarang! Anda boleh dapatkan pada harga bermula RM1,499 saja tau!
Psst, siap ada promosi hebat, di mana dengan setiap pembelian OPPO Reno15 Pro atau OPPO Reno15, anda boleh dapatkan OPPO Watch S paling latest pada harga diskaun RM99 saja (harga asal RM799)! Banyak tu potong!
Klik pautan untuk lihat harga siri OPPO Reno15.
OPPO Reno15 Pro : https://tinyurl.com/Reno15Pro
OPPO Reno15 : https://tinyurl.com/Reno15-info
OPPO Reno15 F : https://tinyurl.com/Reno15F
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
