October 13th, 2009

.
Korang ter-miss episod Nur Kasih hari jumaat 9 October lepas? haaa…jangan bimbang. kerana kami ada liputan khas kepada peminat fanatik Nur Kasih.


bila tengok episod yang lepas, malu sehh tengok keperasanan Sara yang duk ingat Aidil nak pi meminang dia.Maluu sampai  tengok celah jari aja.Memang menjadi la Umi Nazira ni bawak watak Sara.

tapi bila tengok episod 19, kesian pulak kt Sara, cinta tak berbalas. Aliya yang baru jer kenal Aidil, terus dpat jadi bini.  Sara pulak yang sejak dari sekolah dok tergilakan Aidil, tak berjaya jugak menakluk sekeping hati Aidil.  Ingatkan Sara nak terjun sungai..tup..tup, bukan rupanyer.

Lepas tu Sara nekad pergi umah Aliya kat KL..tapi baru je nak memulakan perhitungan ngan Aliya, alih-alih Aidil lak sampai. Terpaksalah Sara tukar topik.  Suspen giler masa nih, berdegup-degup jantung macam lari marathon satu kampung.  Masa ni dah kecoh kat kg pasal Sara hilang.  So Nur terpaksalah pecah rahsia kat Adam mengenai kisah Sara yang minat kat Aidil.


Yang geramnyer, Sara siap tuduh Nur jeles kalau dia kawin dgn Aidil.  Kesian Nur…Apepun, bes sangat episod ni sebab dapat tengok kebahagiaan Nur dengan Adam..romantik mcm pengantin baru.  Nur siap meluahkan perasaan dia kat adam…siap bagi tau yang dia minat Adam dari zaman sekolah lagi.  Terimbasla balik memori zaman sekolah.  kami pon terawang-awang lah sampai ke syiling rumah…

Kemudian , Adam bawak Nur balik kl, tunjukkan rumah yang dia beli untuk Nur. Kami plak malu-malu kucing tengok  Sara disuap Adam.

Lepas tu ada pulak part akad nikah Aidil dgn Aliya..cantik betul Aliya masa ni walaupun tudung nikah penyek sikit kat awning…he…he.

pastu ada lak scene kt kampung, semua orang sibuk buat persiapan kahwin Aidil, tapi Sara tak tolong sampai kena perli dek orang kampung. Sebagai kakak yang baik, Nur pon pergilah pujuk Sara..tapi Sara ni memang tak makan saman, macam dah meroyan pon ada.

Tapi  yang bestnyer..masa Nur mintak izin dgn Adam nak balik jap tgk Sara..Adam siap ckp, ‘jangan balik lama2…rindu~~!! ‘ ahaha…tergeletek pankreas kami ! Tapi last scene memang mendebarkan sebab tetiba muncul  MPV kemudian keluarla seorang pempuan dengan memakai abaya kaler hitam siap pakai purdah macam ala-ala cerita Ayat-Ayat Cinta.

Korang rasa sapa?? Haaa, mestilah Katrina kan. aiseh Katrina muncul balik daaaa~~~ alahai, baru aja Nur dan Adam nak bahagia…panjang lagi ler kot citer ni.


Comments are closed.

Loading...