Selaku peminat setia slot MJ (Manja-manja je) setiap hari Khamis malam Jumaat di SuriaFM, Abang Nara terasa sedih membaca cerita Tyzo. Abang Nara memang minat betul kat Tyzo. Bagi Abang Nara, Tyzo sangat kelakar dan sempoi orangnya.
Setiap malam kalau mendengar celoteh Tyzo, memang tak kering gusi dibuatnya. Itu yang Abang Nara terkejut apabila mendapat tahu Tyzo telah diberhentikan daripada SuriaFM tanpa notis awal. Patutlah semenjak dua ini entah sapa-sapa entah yang jadi deejay di waktu malam.
Mendengar cerita Tyzo yang dipaparkan di BiPop Ahad lepas membuatkan hati ini tersentuh. Kata Tyzo:-
Saya dipanggil Pengurus Program SuriaFM yang baru, Adiwati Zainuddin pada 31 Disember yang lalu. Saya tidak menyangka itulah titik terakhir selepas lebih enam tahun bersama stesen radio tersebut. Saya akui kontrak saya tamat pada hari berkenaan. Tapi, selalunya diperbaharui. Apa yang dikesalkan, kenapa mereka tidak memberitahu saya tanpa sebarang notis awal? Mereka menyingkirkan saya begitu saja.
Terkejut dan marah dah bercampur baur. Saya bukannya orang baru di SuriaFM, kenapa aniaya saya? Alasan yang diberikan , kehadiran saya tidak sesuai dengan halatuju SuriaFM pada 2013. Saya tidak faham, jika gaya penyampaian saya tidak kena, sila beri tunjuk ajar, bukannya buang saya macam sampah!
Saya tahu saya tidaklah popular mana, tapi takkan tiada sedikitpun jasa saya menaikkan rating pendengar sehingga SuriaFM berada pada tahap hari ini. Jika kehadiran saya tidak relean, tukar saja di bahagian lain. Saya tak kisah, asalkan saya masih ada kerja. Biarpun tugasan baru bukan jiwa saya, tapi saya akan berusaha mengalas tanggungjawab yang diberi. Mungkin selepas itu, saya akan perlahan-lahan mencari peluang lain. Tapi, menyingkirkan saya adalah tindakan penganiayaan.
Berperikemanusiaan sikit. Saya banyak tanggungjawab, kena bayar ansuran rumah, kereta dan menanggung ibu yang tidak sihat di kampung. Bagaimana perasaan anda apabila hilang kerja dalam sekelip mata? Saya tertekan, saya bukannya ada kerja lain, selain tugas sebagai penyampai SuriaFM. Cara mereka menamatkan kontrak saya cukup menyedihkan. Jika diberi notis awal, sekurang-kurangnya saya bersedia. ini tidak, saya terpinga-pinga apbila diberitahu kontrak tamat dan tidak perlu bertugas lagi.
Saya tidak kisah jika ditendang kerana saya punya rekod displin, tidak hadir kerja tanpa sebab atau mengambil cuti sakit tanpa surat. Entahlah, saya pun tak tahu nak buat apa sekarang. Jiwa saya tertekan sangat. Syarikat berjanji mahu membayar gaji saya sehingga hujung bulan ini, tapi itu janji mulut. Saya sudah tamat kontrak takkan mereka nak bayar gaji saya lagi.
Sedihkan? Abang Nara faham perasaan Tyzo. Terasa macam diri tidak dihargai. Jasa tidak dikenang langsung. Semoga Tyzo cepat-cepat dapat kerja semula. Abang Nara pasti ramai yang rindu suara manja Tyzo. Tak gitu?