Singapura Umum Sekatan Sempadan Untuk Rakyat Negara Asing Kecuali Perjalanan Darat Dan Laut

Trending

Singapura Umum Sekatan Sempadan Untuk Rakyat Negara Asing Kecuali Perjalanan Darat Dan Laut

Singapura telah menutup sempadan di negaranya setelah mengumumkan sekatan ke atas kemasukan rakyat negara asing dan termasuk juga rakyat negara ASEAN. Tetapi sekatan sempadan ini tidak merangkumi perjalanan laut dan darat yang menghubungkan negara Malaysia.

Rakyat Malaysia dan Singapura masih dibenarkan untuk ulang-alik dari kedua-dua belah sempadan seperti biasa.

Chan Chun Sing, Menteri Perdagangan dan Industri Singapura mengatakan bahawa Singapura akan terus berhubungan dengan Malaysia sesuai dengan keadaan semasa. Meskipun beliau mengetahui Malaysia sudah melancar Perintah Kawalan Pergerakan, namun keputusan ini diambil atas faktor memastikan bahawa rakyat dan perniagaan di Singapura dapat berjalan seperti biasa.

Advertisement
Chan Chun Sing

Chan Chun Sing

Chan Chun Sing juga tidak putus-putus menasihati syarikat yang mengambil pekerja dari Malaysia yang berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia perlu mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan mereka. Lawrence Wong, Pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura juga berkata perintah sekatan sempadan dipakai kepada seluruh ASEAN namun telah membuat perjanjian berasingan dengan Malaysia melalui kumpulan kerja dua hala.

Pertimbangan yang sewajarnya juga telah diberi terhadap Malaysia memandangkan lokasi negara tersebut sangat serta saling tinggi kebergantungan di antara kedua-dua negara. Jumlah orang dan kenderaan yang bergerak masuk dan keluar dari Singapura juga memerlukan langkah berjaga-jaga yang sangat tinggi.

Jam 11:59, 16 Mac 2020 Singapura secara rasminya menguatkuasakan terhadap individu yang memasuki Singapura yang mempunyai sejarah perjalanan yang terkini ke negara ASEAN, Jepun, Switzerland atau United Kingdom dalam tempoh 14 hari terakhir akan diberi notis 14 hari Duduk di Rumah (SHN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Malaysia akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai 18 hingga 31 Mac 2020 berikutan wabak Covid-19.

Perintah kawalan itu adalah yang pertama dalam sejarah negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam satu siaran langsung malam tadi. Sejumlah 125 kes baharu Covid-19 yang positif telah dilaporkan hari ini dan membawa kepada penambahan angka menjadikan 553 kes secara keseluruhan di Malaysia.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...