Singapura Sahkan Kes Pertama Virus Wuhan

Trending

Singapura Sahkan Kes Pertama Virus Wuhan

Seorang warga China telah diuji positif mempunyai virus Wuhan di Singapura, dan seorang lagi besar kemungkinan telah dijangkiti virus itu.

Lelaki berusia 66 tahun itu yang juga penduduk Wuhan, tiba di Singapura dengan sembilan orang lain pada Isnin, 20 Januari dan bermalam di Resort Shangri-La Rasa Sentosa, seperti yang diberitahu oleh Kementerian Kesihatan Singapura pada malam Isnin (23 Januari).

Advertisement

Kesemua bilik hotel yang digunakan lelaki itu bersama kumpulannya telah disatinitasikan dan ditutup.

Seorang wanita 53 tahun, juga warganegara China tetapi tidak bergerak bersama kumpulan tadi, didapati positif dalam ujian saringan dan sedang menunggu pengesahan.

Sebagai tambahan, anak lelaki kepada lelaki yang didapati positif itu, 37, juga disyaki telah dijangkiti dan kini berada di wad, manakala lapan yang lain yang bersama mereka telah meninggalkan Singapura. Kementerian Kesihatan berkata ia telah menghubungi pihak berkuasa bagi negara destinasi kumpulan itu.

Bagaimanapun, tiada bukti bahawa virus itu telah menjangkiti sesiapa di Singapura.

Setelah jaringan keselamatan diperluaskan untuk memeriksa suhu badan semua pengembara udara dari China, bilangan kes disyaki di Singapura telah meningkat.

Kementerian mengatakan, ia mengesyaki 28 kes dari umur satu hingga 78 tahun. Tujuh bagaimanapun disahkan negatif. Kata Pengarah Penyakit Berjangkit, Prof. Madya Vernon Lee:

Kesemua usaha akan dilaksanakan untuk mengekang penyebarannya.

Lebih banyak kes dijangka bakal muncul, tambahnya, memandangkan jumlah kes yang banyak di China dan pergerakan tinggi dari negara itu ke Singapura.

Untuk kes jangkitan pertama dikesan di Singapura, pesakit sudah diasingkan dan bukan lagi risiko kepada orang awam.

Orang ramai tidak perlu panik atau buat apa-apa.

Kesemua orang yang rapat dengan pesakit yang disahkan akan dikuarantin.

Pada Khamis, sebagai langkah untuk mengekang penyebaran virus itu, satu pasukan petugas telah bermesyuarat untuk pertama kali, untuk memperkuatkan kawalan dan pemeriksaan di sempadan.

Ini akan diperluaskan kepada tempat pemeriksaan darat dan laut mulai pagi Jumaat.

Virus itu, kini dikenali sebagai 2019-nCoV, boleh dijangkitkan dari seorang individu ke individu yang lain, telah menyebabkan kematian 17 orang dan sekurang-kurangnya terdapat 540 kes jangkitan di China, dengan kes-kes lain yang mula muncul di Taiwan, Jepun, Macau, Thailand, Vietnam dan Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa berkaitan kesihatan di China buat masa ini masih belum dapat menentukan dari mana asalnya virus itu, yang tidak mempunyai vaksin, dan kini semakin bermutasi dan tersebar luas.

Jumlah jangkitan dijangka bakal meningkat bersempena sambutan Tahun Baru Cina memandangkan ramai akan mengembara ke China, dari China, dan di dalam negara China sendiri.

Kementerian Kesihatan pada Khamis juga memberi nasihat perjalanan, meminta warga Singapura agar mengelak dari ke Wilayah Hubei, setelah pihak berkuasa China membuat sekatan perjalanan kepada penduduk di bandar Huanggang dan Ezhou.

Pada mulanya, Kementerian hanya melarang dari mengembara ke Wuhan yang juga terletak di wilayah Hubei. – amazingnara.com via Singapore Straits Times

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...