Disebabkan pandemik COVID-19 yang masih belum pulih lagi di serata dunia, pelbagai aktiviti yang sudah dirancang sejak sekian lama lagi terpaksa ditunda mahu pun dibatalkan.
Umat Muslim yang bakal menyambut kedatangan Ramadhan tak lama lagi juga terpaksa melupakan niat untuk melakukan ibadah bersama-sama bagi membendung penularan virus ini.
Oleh hal itu, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan bahawa bekalan makanan untuk iftar bakal disediakan bukan sahaja untuk petugas barisan hadapan malahan golongan yang terjejas. Antara komuniti yang akan menerima perhatian lebih ialah Asnaf yang layak menerima zakat dan juga keluarga yang memerlukan.
Singapura yang melaksanakan perintah tinggal rumah (Stay Home Order – SHO) terpaksa membatalkan jualan juadah berbuka puasa di sekitar negara tersebut kerana wabak COVID-19 yang masih belum mencapai paras yang baik.
Usaha murni ini telah disambut baik oleh banyak agensi dan organisasi kemasyarakatan dan dikhabarkan 15,000 individu akan menerima bantuan tersebut sepanjang bulan mulia ini bermula daripada 24 Mac nanti.
Makanan untuk berbuka ini akan diagihkan ke hospital, pusat kemasyarakatan, kelab penduduk atau pun terus sahaja ke rumah penerima.
Sebelum ini, majlis berbuka puasa menjadi tumpuan kesemua anggota masyarakat, bukan sahaja kalangan mereka yang berpuasa.
Menjadi tanggungjawab kita supaya tiada sesiapa yang terpaksa menghadapi kelaparan pada waktu yang begitu mencabar ini.
Semoga wabak COVID-19 ini dapat dibendung dengan segera.